
Antologi ini menghimpunkan karya-karya yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2004, iaitu : 10 buah cerpen, 10 buah puisi, 2 buah rencana sastera dan sebuah kajian sastera. Karya-karya tersebut merupakan hasil cipta pengarang mapan, si samping pengarang generasi baru. Karya-karya yang multigenre itu memperlihatkan kecenderungan memilik subjek tentang penanjakan kerohanian serta kegemilangan bangsa dan jati diri, diseraya dengan mesej mempertahan dan memperjuangkan moraliti dalam kehidupan. Karya-karya tersebut terhantar secara bervariasi, dari segi bentuk dan teknik; dengan bahasa yang mantap; disarati muatan ilmu, diselit unsur kecindan, ironi, sinikal; mencuit sukma dan menguja daya taakulan. Puisi "Di Bawah Kerdip Lampu Di Atas Pentas Itu" yang menjuduli antologi ini menayang layar, menterjemah butir dusta peluru terampuh menghunjam peribadi. (Dipetik dari laman web Ujana Ilmu)