
10 Cerpen Dewasa, 10 buah puisi/ sajak Cerpen - Dewasa *Hadiah Utama Zaharah Nawawi (Pemain Catur) Azizi Abdullah (Di Qalaah Salehuddin) Zainal Rashid Ahmad (Syair Kecapi & Bulan Merdeka) *Hadiah Penghargaan Siti Hawa Mohd Hassan (Dongeng Anak Mat Jenin) Wan Ashiah Wan Nawang (Mimpi Siti Dewi) Faisal Tehrani (Cinta Gendang Kasturi) Mawar Shafie (Mimpi Siti... Merdeka) Ana Balqis (Yang Membezakan Mereka - Aku) Ria Asmira (Mencari Pengawal Peribadi) Sabda S (Mas Warno) Puisi/ Sajak *Hadiah Utama Daeng Ramliakil (Di Mana Tangkai Nyawamu?) Kassim Ahmad (Kasih) Suhaimi Muhammad (Perindu Yang Mabuk Itu...) *Hadiah Penghargaan Suhaimi Muhammad (Perindu yang Mabuk) Aminah Mokhtar (Sesekali Pesakitku) Izam Abdul Manaf (Diam) Mohd. Saleeh Rahmad 9Biarkan Sungai Itu) Haron A.H. (Tetamu Istimewa) Ria Asmira (Seberkas Lapar) Shukri Abdullah (Sketsa Kerinduan) Di Mana Tangkai Nyawamu? Bertanyalah si peminta mongel bapak katanya, tak saya pinta syiling ini tapi mohon jawapan tak saya ngerti di mana tangkai nyawa pada kuasa manusia atau makanan? Bumi serumpunku ini gegarnya luar biasa Krakatoa alah. Sedang aku diceracaki beribu duri dosa anak-anak Masjid Maimun itu lagi menyoal bagaimana rupanya jati diri hamba Allah bak bapak, ibu atau seperti saya? Tumpah darah dadaku akalku punah-ranah berpindah segera ke liang pusara di kerlipan matanya tak kuduga sekecil itu anak tahu erti rupa siapa manusia bangsanya yang dewasa dan diri wartawan tua ini ikat janji sekukuh kota paling tua. Katanya lagi, bapak, mari kuhantar segera terbang ke Kaabah sujudlah beribu jam, kelak nafas jelas. Daeng Ramliakil Istana Maimun, Sumatera Karya, April 1998
Authors

Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani. Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2. Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

ZAHARAH NAWAWI anak kelahiran Kampung Parit Jawa, Mukim Empat, Batu Pahat Johor (5 Mei 1940) membesar dan memungut pengalaman di luar kampung halaman. Mulai mengasah bakat di bidang penulisan sejak berusia 12 tahun, dan semenjak itu tidak pernah berhenti menulis sehingga kini. Pencapaian tertinggi yang diraih hasil penat lelah menulis ialah menerima Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) pada September 1996 di Bangkok, Thailand. Dan Hadiah Karyawan Sastera Johor, Hadiah Sastera Johor Darul Ta’zim (1999). Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyiapkan buku proses kreatifnya berjudul Merentas Laluan. Pernah berkhidmat di Utusan Melayu sebagai wartawan di Mingguan Malaysia dan Anggota Sidang Pengarang majalah WANITA—dari 1968 hingga 1976. Jawatan terakhir Zaharah di Utusan ialah sebagai Ketua Redaksi majalah MASTIKA dari 1975-1976. Setelah meninggalkan Kumpulan Utusan, Zaharah berkhidmat pula di Berita Publishing, (anak syarikat Kumpulan The New Straits Times) dari 1976 hingga 1985. Jawatan terakhirnya di sana ialah sebagai Editor Umum Penerbitan Berbahasa Malaysia (Editor General Bahasa Publications) yang merangkumi semua penerbitan majalah serta buku berbahasa Melayu di Berita Publishing. Dari 1985 hingga 1986 Zaharah menjadi Editor Urusan di Pustaka Cipta Sdn. Bhd. Zaharah meninggalkan Pustaka Cipta setelah mendapat Dana DERMA CIPTA Dewan dari Dewan Bahasa dan Pustaka untuk membuat penyelidikan tentang perjuangan Panglima Salleh Selempang Merah yang mengetuai orang kampung membenteras kegiatan dan kezaliman komunis Bintang Tiga dalam tahun 1945 di Batu Pahat, yang kemudian ditulis dalam bentuk novel menggunakan judul Panglima Salleh Selempang Merah. Pada 1988, Zaharah menerima pelawaan Pakar Sakit Puan terulung, Dr. Hamid Arshad yang waktu itu menjadi Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) untuk menjadi editor majalah Timang keluaran LPPKN. Zaharah berkhidmat di badan berkanun tersebut sehingga 1995, apabila beliau memilih untuk menjadi penulis sepenuh masa. Zaharah menulis novel terpanjang di Malaysia (1351 halaman) berjudul Anugerah (1995), mengenai sejarah perjuangan orang Melayu menentang Malayan Union dan seterusnya menuntut kemerdekaan. Para pengkaji menyifatkan Anugerah bukan sekadar sebuah novel sejarah, tetapi juga novel politik dan femenisme iaitu tiga dalam satu. Novel ini berakhir dengan perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957. Setakat ini belum ada novel lain berjaya memecahkan rekod Anugerah terbitan DBP itu. Novel Anugerah jugalah yang membawakan tuah kepada penganugerahan Sea Write Arawd di Bangkok Thailand. Di samping itu Anugerah juga sudah beberapa kali diteaterkan. Beberapa tokoh sastera mengakui novel Anugerah sebagai maha karya Zaharah Nawawi. Dari 1997 hingga 1998, Zaharah menjadi Karyawan Tamu Dewan Bahasa dan Pustaka dengan menyiapkan buku proses kreatifnya berjudul Merentas Laluan. Semenjak 1989 menerusi cerpen Suara Ombak (Dewan Budaya) dan Emak Tak Marah Lagi, (Mingguan Malaysia) beliau banyak memenangi hadiah. Terakhir beliau memenangi hadiah utama Hadiah Sastera Darul Ta’zim V menerusi kumpulan puisi Warna dan Wajah, dan cerpen Suara yang sarat dengan makna yang tersirat. Dengan cita-cita mahu melatih penulis pelapis supaya menjadi penulis yang benar-bernar berwibawa, mulai 1993 Zaharah mengadakan bengkel-bengkel penulisan meliputi beberapa genre, termasuk novel, cerpen, puisi, kritikan, drama radio, bahasa, undang-undang dan rencana. Pada November 1997, Zaharah menubuhkan kelab penulisannya sendiri dengan nama KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) yang ahlinya terdiri daripada penulis/peserta yang pernah mengikuti bengkel-bengkelnya. Dengan itu tercatatlah dalam sejarah kesusasteraan dan penulisan negara bahawa Zaharah Nawawi adalah satu-satunya penulis/sasterawan yang berdikari melatih penulis pelapis tanpa dinaungi mana-mana pihak. Dan


Lahir pada 4 Oktober 1959, di Muar, Johor. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah, di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di beberapa buah sekolah di Johor. Selepas menamatkan pengajian menengah di peringkat STPM, beliau ditawarkan sebagai Jururawat Pelatih. Kemudian beliau menyambung pengajian kejururawatan sehingga memperoleh Diploma Sains Kejururawatan. Kini beliau sebagai Jururawat Terlatih di Wad Bersalin, Pusat Perubatan Universiti Malaya. Pencapaian dan sumbangan Aminah Mokhtar dalam memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu mewajarkan beliau menerima pelbagai hadiah sayembara. Antaranya, ialah : - Tempat kedua Sayembara VII Esso-Gapena 1988, - Hadiah Cerpen Perpaduan 1995 (Kategori Cerpen - "Semarak"), - Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1998 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), - Hadiah Sastera Utusan-Public Bank 1999 (kategori cerpen - "Gerhana Manusia"), - Anugerah Sri Angkasa - RTM 1999 (Drama Radio Terbaik - "Zulaikha Fitri"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Puisi - "Sesekali Pesakitku"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Kategori Novel - "Diari Jururawat"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 1999 (Drama Radio - "Sungai") - Anugerah Kreatif PPUM 1999 (Sri Karyawan), - Anugerah Formula Malaysia 2000 (Tempat Kedua, kategori Cerpen - "Keberangkatan ke Bintang"), - Anugerah Sastera Perdana (Cerpen Eceran - "Gerhana Manusia"), - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori cerpen - "Ya Allah Dia Menangis"), - Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2001 (Kategori Puisi - "Jangan Sampai Kita Hilang Kota"), - Anugerah Sri Angkasa - RTM 2001 (Skrip Drama Radio Terbaik - "Merah Ramadan di Baitul Muqqadis), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 - (Kategori Puisi "Yang Bernama Hati"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2001 (Drama radio - Tetamu Allah) dan Hadiah Sako Ke - 3 (Novel - "Iman Markisa"), - Hadiah Sastera Utusan Exxon-Mobil 2002 (Kategori cerpen, tiga hadiah penghargaan "Erti Cinta Dr. Marianah", "Ahmad Muhammad" dan Kategori puisi - "Kolek Bonda"), - Hadiah Sastera Darul Takzim 2002 (Kategori Novel Dewasa - Iman Markisa", Kategori Drama Radio - Merah Ramadan di Baitulmaqqdis) dan Peraduan Menulis Novel Alaf Baru 2001 dalam novelnya Dominasi Tebrau yang memenangi tempat pertama menggondol RM30,000. sumber : http://www.ujanailmu.com.my/cat_amina...

Suhaimi Haji Muhammad menerima pendidikan Melayu dan Inggeris hingga lulus Sijil Senior Cambridge dan menyambung pengajian di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI), Tanjung Malim bermula 1951 hingga 1954. Dilahirkan di Kuala Kangsar pada 8 Februari 1934. Setelah mengajar di pelbagai sekolah rendah dan menengah lebih 20 tahun, iaitu sehingga 1975, beliau berkhidmat dengan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur sehingga 1989. Beliau terkenal sebagai penyair surealis dan mistik Melayu akhir abad ke-20 dalam perkembangan kesusasteraan Melayu moden. Mulai 1960 hingga 1980, beliau memberikan dedikasinya terhadap penulisan puisi surealis dan mulai 1980, belia memberikan dedikasi terhadap penulisan puisi mistik hingga ke hari ini.

Dicedok dari Ujana Ilmu AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.

Kassim Ahmad is Malaysia's foremost thinker and philosopher. He grabbed national headlines in the 1950s with his dissertation on the characters of Hang Tuah (Perwatakan Hang Tuah), the Malay literary classic. In it he challenged the traditional interpretation and made the hitherto hero Hang Tuah as nothing more than a palace hack, and elevated the anti-hero Hang Jebat as the true hero, willing to kill even the sultan in defence of honor and principles. Kassim was jailed for nearly five years under the ISA for daring to express openly his political views, an experience which he recounted in his book, Universiti Kedua (Second University). Kassim again shook the Malay world with his "Hadith: A Re-Examination" in which he challenges the infallibility of the purported words of Prophet Muhammad s.a.w. Except for an honorary doctorate in Letters conferred by the National University of Malaysia, the country has not seen fit to honor this great public intellectual. - - - - - - - - - - - - - Dr Kassim Ahmad seorang politikus, penulis, penyair dan sarjana dilahirkan di Kampung Kubang Tampang, Lepai, Kubang Pasu, Kedah, pada 9 September 1933, dengan nama Osman, tetapi diubah namanya kerana sering sakit, mendapat pendidikan awal di Sekolah Bandar Bahru, Kulim. Peluang meneruskan pelajaran di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar pada 1949, membuka pintu khazanah ilmu serta persuratan kepadanya sehingga memungkinkannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Malaya (UM) di Singapura pada 1955. Dunia pengajian tinggi di menara gading itu mendedahkannya kepada pemikiran sosialisme dan Islam melalui kepustakaan dan percambahan fikiran bersama-sama rakannya yang masing-masing membina ketokohan tersendiri, selain mula terbabit dalam Kelab Sosialis UM. Dengan sokongan Pensyarah UM Singapura, JC Bottoms, Kassim menyahut pelawaan untuk mengajar bahasa dan sastera Melayu di School of Oriental and African Studies (SOAS), Universiti London, pada 1962 hingga 1966. Dalam ranah sastera, Dr Kassim dikenali sebagai penyair yang tidak sunyi daripada kontroversi apabila menghasilkan puisi, Sidang Roh dan Jalan ke Parlimen pada 1960, selain disertasinya, Perwatakan Hang Tuah yang mencabar interpretasi keperwiraan Hang Tuah sehingga mengangkat Hang Jebat, turut mendapat perhatian. Pembabitannya dalam politik pula menyaksikan beliau mengepalai Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) selama 18 tahun bermula beliau pulang ke tanah air pada 1966, sebelum mengambil keputusan untuk berundur daripada gerakan itu pada 1984. Kassim pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama hampir lima tahun yang turut mendorongnya membukukan pengalaman itu dalam memoir Universiti Kedua. Selepas mengundurkan diri daripada politik, Beliau menubuhkan Jemaah al-Quran Malaysia (JAM) dan menghasilkan buku Hadis: Satu Penilaian Semula yang mencetuskan kontroversi sehingga dianggap anti-hadis. (Kredit: Mohd Nazmi Yaakub)