
Allah mengajar manusia dengan pelbagai cara. Ada ilmu yang hadirnya melalui kehidupan seharian. Kehidupan inilah yang perlu diamati dan diteroka. Mengandungi 30 bab. Mengenai kisah penulis semasa berada di Turki dan beberapa negara Timur Tengah. Bagaimana penulis melihat dan memerhati serta menyingkap kisah tersirat masyarakat, budaya dan tradisi setempat. Betapa persepsi awal penulis terhadap sesuatu itu tersasar apabila mula memahami kisah yang terselindung. Sebaliknya ia penuh dengan pengajaran dan natijah yang wajar dihayati oleh setiap manusia. Senyumlah, menangislah dan tertawalah bersama karya unik ini. Di Sebalik Niqab: Kisah Tersirat umpama sebuah universiti kehidupan yang penuh dengan keagungan Maha Pencipta!
Author

Roza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah. Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama. Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.