
Dia Tinggalkan Tanda ditulis berdasarkan kepada perjalanan pebagai kisah hidup penulis sendiri. Ia disampaikan dengan hati dan perasaan untuk mengaitkan dengan tanda-tanda kebesaran dan kemuliaan Allah SWT. Secara hakikatnya, ia adalah juga kisah kita semua. Maksudnya, pelbagai kisah yang dipaparkan akhirnya mengajar kita supaya melatih diri bersabar, redha dan bersyukur apabila diuji.
Author

Roza Roslan atau nama sebenar beliau Raudzah Roslan adalah mantan pensyarah di Universiti Teknologi MARA. Beliau kini bertugas di Universiti Taibah, Madinah. Beliau dilahirkan pada 2 Januari 1967 di Jementah, Segamat, Johor. Beliau berkelulusan Diploma Perbankan UiTM Terengganu, BBA (Hons) Pengurusan Sumber Manusia UiTM Shah Alam dan seterusnya M.A Pentadbiran Bisnes di universiti yang sama. Beliau juga adalah isteri kepada penulis bestseller Prof. Dr. Muhd Kamil Ibrahim yang menulis buku Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman dan Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Kisah beliau banyak termuat di dalam karya suaminya yang banyak menceritakan pengorbanan dan sokongan beliau dalam menjalani hidup beragama.