


Books in series

#1
Diari Mat Despatch
2010
Peringatan:
Kepada sesiapa yang menjumpai buku ini, ini bukanlah buku laporan sains sekolah walaupun ia memang sepatutnya buku laporan sains. Tetapi ini adalah diari. Oleh kerana aku tidak mampu beli diari, aku beli sahaja buku laporan sains. Jadi, apa yang aku mahu beritahu adalah, jangan baca diari ini, dan jangan pulangkannya. Buang ataupun bakar kerana apabila membaca diari ini anda akan mengetahui rahsia aku dan aku akan malu.
JADI TOLONGLAH JANGAN BACA.

#2
Lelaki Baik
2010
Diari bulan Januari yang aku tulis dalam buku laporan sains sudah hilang. Diari ini diari kedua aku. Tujuan aku membuat diari ini bukan lagi kerana niat mahu belajar Bahasa Melayu Tinggi kerana aku sudah kecewa dalam ujian BMT dahulu. Kini,aku menulis diari kerana merasakan menulis diari boleh melegakan perasaan aku dan membuatkan aku tenang. Aku juga sedang mencari definisi berkenaan lelaki baik. Bagaimanakah lelaki itu dikatakan lelaki baik?

#3
Hati Emak
2011
SINOPSIS
AMARAN :
Jangan baca diari ini kerana diari ini sangat sedih. Nanti anda akan menangis teresak-esak. Bagaimana sekiranya anda menangis teresak-esak di dalam kedai buku? Mesti malu. Jadi janganlah baca.

#4
Edisi Patah Hati
2011
Ini bukan kisah saya yang patah hati. Mat despatch tidak mungkin patah hati. Ini kisah sepupu saya, seorang lelaki kacak itu dan emak saya meminta saya memulihkan semangat lelaki kacak itu. Ini hampir membuatkan saya pengsan! Baiklah, ini bukan berkenaan patah hati sahaja tetapi ada juga kisah berkenaan perempuan-perempuan cantik yang membuatkan hidup saya huru-hara. Walaupun huru-hara, banyak juga pengajaran yang saya peroleh daripada mereka. Yang utamanya, adalah...okey saya sudah lupa apa yang utama. Bacalah sendiri.

#5
Naluri Ayah
2012
Ayah tidak pernah mengajar aku cara bercinta.
Namun, ayah mengajar aku erti cinta.
Semuanya bermula apabila ayah aku yang bermulut sinis,
kagum kepada orang kerja pejabat, dan mudah percaya kepada orang lain,
datang melawat aku di rumah sewa.
Hidup aku yang tenang menjadi 'huru-hara'.
Huru-hara yang bagaimana? Aku sudah tulis semuanya dalam diari ini.

#6
Haru-Biru
2014
Ada dua kisah. Kisah pertama diinspirasikan daripada sebuah kisah benar. Kisah seorang lelaki yang sudah tidak ada buah pinggang, tetapi dia mahu membahagiakan orang yang disayangi. Ini kerana, walaupun tidak ada buah pinggang, dia tetap ada hati dan cinta. Lalu lelaki itu meminta bantuan Rayyan, apa yang Rayyan, seorang mat despatch perlu lakukan?
Kisah kedua iaitu kisah permainan emosi di dalam sebuah hutan. Rayyan terpaksa pula menjadi peserta. Permainan emosi yang hadiahnya sangat lumayan. Rayyan terpaksa berpasangan dengan perempuan yang membencinya, Citra Indah Qalisya. Bagaimana agaknya kisah mereka?
