Margins
Dimensi Paranormal book cover 1
Dimensi Paranormal book cover 2
Dimensi Paranormal book cover 3
Dimensi Paranormal
Series · 6 books · 2024-2025

Books in series

Dimensi Paranormal book cover
#2

Dimensi Paranormal

Mek Dagang

2024

“McDagang ni nama asalnya Mek Nasi Dagang. Bila McDagang ni dibuka, ia jadi popular. Habis kedai-kedai papan ni hilang pelanggan. Mereka berpakat kumpul duit, upah bomoh untuk sihirkan restoran tu. Katanya sejak dari tu, sesiapa saja yang makan di restoran McDagang tu akan muntah-muntah dan cirit-birit tiga hari tiga malam. Orang pun takut mahu datang makan di situ. Pemilik McDagang ni tanggung kerugian dan akhirnya terpaksa tutup restoran tu,” cerita Nazli. \ \ \* Hyniyah bersama rakan-rakannya Farid, Nazli dan Linda telah pergi ke sebuah restoran tinggal bernama McDagang kerana ia dikatakan lokasi mistik. Menurut cerita, sesiapa yang menemui patung maskot restoran itu iaitu Mek Dagang, jika mereka mengucup patung itu maka permintaan mereka akan dimakbulkan. Tindakan Nazli mengucup patung itu sekadar satu gurauan namun setelah itu satu per satu peristiwa pelik dan ngeri berlaku. Setelah kematian demi kematian berlaku, Detektif Alara dan Emmad telah ditugaskan menyiasat kes itu. Hyniyah telah bertemu Detektif Alara dan Emmad, menyatakan yang Mek Dagang bertanggungjawab atas apa yang berlaku. Benarkah kematian demi kematian yang berlaku disebabkan oleh Mek Dagang atau ada rahsia lain di sebaliknya?
Dimensi Paranormal book cover
#3

Dimensi Paranormal

Makhluk Belaan

2024

“Makhluk yang dijadikan daripada api ini amat angkuh dan sombong. Mereka tak akan mudah tunduk kepada manusia. Mereka hanya mahu melampiaskan nafsu buas mereka kemudian mereka akan melarikan diri. Dan kau takkan dapat berbuat apa-apa untuk menghalang mereka. Begitulah bodohnya kau kerana mengikut kehendak mereka,” ejek Hadif. Jazrin yang baru sahaja kematian ibunya telah berpindah ke sekolah berasrama penuh. Namun di sekolah baru dia sering dibuli pelajar senior iaitu Qayyum, Rahili dan Romi. Jazrin rapat dengan seorang pelajar senior bernama Hadif yang juga berasal dari daerah yang sama dengannya iaitu Benut. Satu hari Jazrin mengikut Hadif pulang ke rumahnya di Lembah Sendayan. Lembah Sendayan adalah sebuah bandar terbengkalai sejak beberapa dekad lalu dengan reputasi sebagai kawasan yang misteri di mana banyak cerita pelik meniti di bibir penduduk tempatan. Sewaktu berada di rumah Hadif, Jazrin telah bertemu dengan ibunya yang telah mati. Apabila pulang ke asrama, banyak perkara pelik telah terjadi. Romi telah hilang secara misteri, kemudian Rahili pula bersikap aneh. Qayyum mengesyaki apa yang berlaku semua ini ada kaitan dengan Jazrin. Hadif kelihatan seperti mengetahui sesuatu dan merahsiakannya sehinggalah berlakunya peristiwa yang tidak dijangka pada satu malam berdarah yang membongkar segala rahsia yang melibatkan Jazrin, ibunya serta misteri Lembah Sendayan. Apakah sebenarnya yang berlaku sebelum peristiwa Mek Dagang?
Dimensi Paranormal book cover
#4

Dimensi Paranormal

Pokok Hajat

2024

“Ia seperti mengupah seorang pembunuh upahan. Walaupun pengupahnya telah mati, pembunuh upahan tetap menjalankan tugasnya kerana dia sudah menerima wang upahnya,” ujar Norman. Alara menerima tugasan menyiasat beberapa kes kematian yang pelik. Mangsa-mangsanya mati disebabkan anak pokok tumbuh dari dalam tubuh mereka. Di setiap lokasi kejadian ditemui sebiji buah seperti buah sukun dengan lekukan-lekukan aneh pada permukaan buah tersebut. Situasi bertambah genting apabila kematian yang sama berulang pada ahli keluarga mangsa yang sama. Dalam pada itu Emmad membantu Sarjan Albin mengesan kehilangan sepuluh orang anak yatim. Emmad merasakan kehilangan kumpulan anak yatim itu ada kaitan dengan kejadian keracunan sianida ke atas sepuluh orang anak yatim dalam satu majlis keraian anjuran Datuk Umar beberapa bulan yang lalu. Kedua-dua kes mula terkait apabila Alara mendapati beberapa orang ahli keluarga mangsa kes pembunuhan pokok ajaib mempunyai urusan perniagaan dengan Norman, menantu kepada Datuk Umar dan urusan perniagaan itu tidak berakhir dengan baik. Emmad yakin kematian demi kematian yang berlaku adalah pembunuhan yang disasarkan pada mangsa-mangsa tertentu dan berlandaskan dendam. Kini Alara, Emmad dan Sarjan Albin harus mencari jalan bagaimana untuk menghalang kematian-kematian kes pokok ajaib daripada terus berlaku.
Dimensi Paranormal book cover
#5

Dimensi Paranormal

Hantu Galah

2025

“Sebelum ini Lembah Sendayan ditutup berpuluh tahun, maka macam-macamlah cerita yang keluar. Kononnya ada orang ternampak makhluk pelik berkeliaran di sekitar kawasan Lembah Sendayan,” ujar Liya. Muhaimin, seorang ahli fizik yang menetap di Wales pulang ke Malaysia selepas isterinya, Badriah, mati dibunuh. Satu syarikat misteri, Alam Akhar Sdn. Bhd. menawarkan pembiayaan penuh untuk projek teleportasinya dengan syarat dia perlu menjalankan kajian di Malaysia. Dia bersetuju dan berpindah ke Bandar Baru Lembah Sendayan bersama dua anaknya, Hyniyah dan Hadif. Lembah Sendayan ialah projek gagal yang telah lama ditinggalkan. Penduduk tempatan percaya tempat itu berhantu. Hyniyah mula mengalami kejadian ganjil tetapi memilih untuk berdiam diri. Satu hari, rakannya Daiman, mengikut masuk ke kawasan Lembah Sendayan bagi merakam bandar yang terbiar itu. Tanpa sengaja, dia menangkap imej entiti menyeramkan yang dipercayai sebagai hantu galah. Sejak itu, Daiman mula diganggu makhluk tersebut. Dalam masa yang sama, beberapa pembunuhan pelik berlaku. Adakah kematian-kematian misteri ini berpunca daripada entiti aneh di Lembah Sendayan? Atau ada sesuatu yang lebih dahsyat sedang berlaku?
Dimensi Paranormal book cover
#6

Dimensi Paranormal

Qutrub

2025

“Polis menerima aduan yang Bridget telah dibunuh ahli keluarganya kerana mereka percaya yang pulang ke rumah itu bukanlah Bridget tetapi pari-pari yang menyamar menjadi Bridget,” cerita Zaliah. Emmad telah diupah Datuk Yusri untuk menyiasat kes seorang banduan bernama Adham yang dipenjarakan atas tuduhan membunuh kedua-dua ibu dan ayahnya. Menurut Adham, dia memiliki seorang adik perempuan namun adiknya itu telah mati sebaik dilahirkan namun ayah Adham berjaya menghidupkannya semula. Adham juga mendakwa adiknya yang hidup semula itu bukan adiknya yang sebenar dan ayah serta ibunya telah dibunuh makhluk aneh yang mendampingi adik perempuannya. Zaliah telah diminta oleh Datuk Umar untuk menemani anaknya Amira kerana Datuk Umar dan isterinya Datin Salbiah ada urusan dan tidak akan pulang selama beberapa hari. Zaliah mendapati Amira bersikap sangat pelik dan Zaliah juga tahu sejarah Amira yang tiba-tiba hidup kembali setelah diisytiharkan mati oleh pihak doktor. Tanpa dijangka, kakak Amira iaitu Aliza telah datang ke rumah. Zaliah keberatan mahu menerima kehadiran Aliza kerana Aliza bakal dibicarakan atas tuduhan cubaan membunuh Amira kerana percaya yang kembali hidup semula bukanlah Amira sebaliknya makhluk dari alam lain. Apakah kaitan antara Amira dan adik Adham dan adakah benar mereka telah ditukar dengan makhluk dari alam lain?
Dimensi Paranormal book cover
#7

Dimensi Paranormal

Setan Mesin Jahit

2025

“Kau jangan merayau sesuka hati. Nanti hilang kena sembunyi orang bunian pula!” nasihat Hadif. “Ada ke orang bunian di sini?” tanya Afiqah. “Kawasan hutan ni. Manusia tak duduk sini, anjing liar pun tak berkeliaran di kawasan ni. Kau ingat makhluk apa lagi yang suka duduk di kawasan macam ni?” balas Hadif serius. Hyniyah, yang bekerja di butik pakaian pengantin Pesona Jiwa, telah diminta oleh majikannya, Zanariah, untuk membantu menghasilkan sehelai gaun pengantin bagi menyertai pertandingan anjuran syarikat fesyen Merak Megah. Tempoh yang singkat menyukarkan Hyniyah mendapatkan ilham untuk mencipta rekaan yang menawan. Dalam keresahan itu, muncul seorang perempuan aneh dalam mimpinya yang mengatakan sekiranya Hyniyah mahu menghasilkan gaun pengantin yang indah, dia perlu menurut arahan pelik yang bakal diberikan. Hadif, adik Hyniyah yang bersahabat dengan Zairi, anak saudara kepada Zanariah bermain paintball di satu kawasan hutan kecil. Hadif secara tidak sengaja menemui satu kampung tinggal yang menyeramkan. Rakannya Zairi pula hilang secara tiba-tiba dan hanya kembali ke rumah keesokan harinya dalam keadaan lesu dan tidak mengingati apa yang berlaku. Keadaan mula menjadi aneh selepas itu apabila perempuan aneh yang datang dalam mimpi Hyniyah kini muncul di alam nyata dan menuntut korban manusia sekiranya Hyniyah mahukan gaun pengantin yang dihasilkan memenangi pertandingan. Siapakah perempuan aneh itu dan apa kaitannya dengan kehilangan Zairi?

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved