
makna dan kata bagai cahaya dan lampu kala lampumu kelihatan asing; ayuh cari lampu baru keindahan luaran sentiasa berbeza, tiap tukang menghasilkan lampu dari pelbagai logam dan kaca di tengahnya, pasti dimasukkan sumbu yang serupa; sederhana atau luar biasa, mengapa lampu dicipta kalau bukan untuk seberkas nyala?