Damien Hathiem menyangka hidupnya hanya akan diuji oleh latihan keras sebagai Pegawai Graduan Tentera Laut. Namun sejak diterima masuk, dia sering diekori seekor kucing hitam bermata ganjil. Orang kata kucing hitam pembawa malang dan Damien selalu tidak sedap hati apabila diekori sentiasa. Apabila Damien, Anding dan Santesh akhirnya terperangkap di hutan purba Gunung Gading, mereka bukan sekadar berdepan dengan debaran sesat di hutan, malah dikejutkan dengan kes penculikan! Ada ancaman maut juga sumpahan lama yang masih hidup di celah akar dan kabus. Di tengah belantara yang menyimpan duka berpuluh tahun, Damien mula menyedari bahawa kehadirannya di situ bukanlah kebetulan. Ada amanat lama yang belum selesai. Ada jasad yang belum ditemukan. Duka di Belantara adalah kisah keberanian seorang lelaki muda untuk berhadapan takdir yang tidak pernah dipintanya.