Margins
Epik Cinta Dari Agïa book cover
Epik Cinta Dari Agïa
Floragïamaril
2012
First Published
4.17
Average Rating
419
Number of Pages

Kisah ini datang nun dari jauh, dari Bumi Agïa. Kisah ini kisah yang panjang. Kisah ini kisah cinta. “Sungguh, hati itu yang paling sukar untuk diperintah.” – Firus Firus, Raja Ophir ke-44 berhasrat untuk turun daripada takhta Tanah Kayang. Demi kelangsungan sebuah kerajaan yang berdaulat, Puteri Alanah dipersiapkan di bawah bimbingan Firus. Untuk Ophir, Alanah menerima titah itu meski tanpa rela. Yang mengikat mereka berdua bukan tanggungjawab semata-mata. Mereka punya sejarah yang sama. “Menerima pusaka ini bererti menyanggupi pemergian kalian bersama kematian.” – Alanah Atas ketentuan tak terduga, Alanah dipertemukan takdir dengan Kama, lelaki bermata biru yang menyimpan satu rahsia. Tentang dendam. Tentang kesetiaan. Tentang cinta. “Tak mungkin ada nama lain sesempurna Bidadari untuk perempuan seperti dia.” – Kama Dari Tanah Orkala di seberang sana, armada bahtera hitam berlayar tiga sedang menongkah Laut Cehipa. Raja Gehara, sang penguasa Empayar Orkal mahu melunaskan janji untuk menakluki semula Bumi Agïa. Demi Orkal, Empayar harus bangkit kembali. “Ophir itu dendam kita, luar dan dalam.” – Gehara Kota Ophir menjadi medan perjuangan. Untuk cinta tak terucapkan. Untuk kesumat yang belum ditebus. Untuk janji yang ditunggu. Lalu, bagaimana pengakhirannya nanti?

Avg Rating
4.17
Number of Ratings
41
5 STARS
44%
4 STARS
39%
3 STARS
10%
2 STARS
5%
1 STARS
2%
goodreads

Authors

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved