Margins
Margins
Sign in
Margins
Subscribe to our newsletter
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Fail Juvana (Berdasarkan Kisah Benar)
Fail Juvana (Berdasarkan Kisah Benar)
Series · 7 books · 2017-2026
By
Shasya Ali
,
Rashiela Nurain
,
Aman Wan
, and more
Books in series
#2
Mangsa Cinta
2017
Nadrah gembira dapat bercuti ke Thailand. Namun segalanya bertukar tragedi sekelip mata... pelajar 13 tahun itu terpisah daripada kakak dan abang iparnya. Itulah permulaan yang membawanya ke ‘neraka dunia’! Gadis malang itu diculik dan dikerah menjadi peminta sedekah. Dirinya tidak kenal sesiapa, tempat tinggal pun beralaskan kotak semata-mata. Tiada ibu tercinta, jauh sudah dengan ayah untuk mengadu-domba. Meratap nasib sengsara, hanya berserah kepada yang Maha Esa.
#3
Tahfiz Terbakar
2018
Andai dapat diundur masa, aku tidak akan berhenti sekolah, terjebak dengan najis dadah dan membunuh manusia. Namaku Fareeq... sepatutnya menduduki peperiksaan UPSR. Namun, aku lebih suka hidup bebas seperti abang. Tidak perlu ke sekolah dan tidak terkongkong. Biarpun pada mata semua, kami umpama sampah. Sepatutnya aku hargai jasa emak dan ayah, berbuat baik kepada sesiapa sahaja... Suatu hari, timbul perselisihan aku dengan pelajar tahfiz… yang kurasakan berlagak. Macam mereka sahaja yang layak masuk syurga. Api kebencian dan dendam akhirnya menjadi api yang membakar hangus keseluruhan tempat tidur mereka… malah turut mengorbankan banyak nyawa. Adakah aku puas hati sekarang? Tidak… aku dihantui rasa berdosa, yang mungkin dapat ditebus dengan hukuman gantung sampai mati. Pendedahan kes jenayah remaja pertama di Malaysia. Novel patuh syariah yang sarat dengan fakta perundangan, emosi menginsafkan dan pengajaran. Disarankan untuk bacaan remaja 12 tahun dan ke atas.
#4
Derita Syantik
2019
Seorang ‘Instafamous’… akibat terlalu angkuh di media sosial, Si Cantik dijumpai mati tragis! Kisah ini sarat pengajaran tentang batas-batas pergaulan lelaki dan perempuan. Pendedahan kes jenayah remaja pertama di Malaysia. Novel patuh syariah yang sarat dengan fakta perundangan, emosi menginsafkan dan pengajaran. Disarankan untuk bacaan remaja 12 tahun dan ke atas.
#5
Basikal Lajak
2020
Kisah benar Geng Basikal Lajak yang maut telah menarik perhatian seluruh rakyat Malaysia. Novel ini memberi kesedaran tentang isu betapa pentingnya pengaruh rakan sebaya. Pendedahan kes jenayah remaja pertama di Malaysia. Novel patuh syariah yang sarat dengan fakta perundangan, emosi menginsafkan dan pengajaran. Disarankan untuk bacaan remaja 12 tahun dan ke atas.
#7
Si Tanggang
2024
#8
Buli Asrama
2025
#10
Tersalah Kawan
2026
TERSALAH KAWAN mengisahkan Niel Tan Ayden, 16 tahun, anak bekas Perdana Menteri yang terpengaruh dengan pujian palsu dan ilusi kuasa oleh rakan sebaya. Dikelilingi kawan-kawan elit, Niel terlibat dengan perlumbaan haram akhirnya mengundang bencana apabila barangan terlarang ditemui di dalam kereta sehingga mencetuskan skandal nasional. Kakak Niel, Jennifer Tan Alen iaitu peguam terkenal berhadapan tekanan untuk mempertahankan reputasi berbanding kebebasan. Niel terperangkap antara dendam peribadi dan dendam musuh politik. Tenggelam dalam ilusi kekebalan, Niel hilang kebebasan dan kasih sayang sejati. Kisah ini menunjukkan api keegoan yang dibakar dengan dendam akhirnya membuktikan yang kalah menjadi abu, yang menang menjadi arang.
Authors
Shasya Ali
Author · 12 books
Rashiela Nurain
Author · 16 books
Aman Wan
Author · 15 books
Sabrina Ismail
Author · 18 books
Mus Nasmian
Author · 6 books