TERSALAH KAWAN mengisahkan Niel Tan Ayden, 16 tahun, anak bekas Perdana Menteri yang terpengaruh dengan pujian palsu dan ilusi kuasa oleh rakan sebaya. Dikelilingi kawan-kawan elit, Niel terlibat dengan perlumbaan haram akhirnya mengundang bencana apabila barangan terlarang ditemui di dalam kereta sehingga mencetuskan skandal nasional. Kakak Niel, Jennifer Tan Alen iaitu peguam terkenal berhadapan tekanan untuk mempertahankan reputasi berbanding kebebasan. Niel terperangkap antara dendam peribadi dan dendam musuh politik. Tenggelam dalam ilusi kekebalan, Niel hilang kebebasan dan kasih sayang sejati. Kisah ini menunjukkan api keegoan yang dibakar dengan dendam akhirnya membuktikan yang kalah menjadi abu, yang menang menjadi arang.