Margins
Fatimah Az-Zahra book cover
Fatimah Az-Zahra
Puteri Kesayangan Rasulullah
2021
First Published
4.81
Average Rating
204
Number of Pages

Kelahirannya saat ayahanda dan bonda tercinta dipulau dan disisihkan masyarakat. Hanya kerana ayahandanya mahu menarik masyarakat dari lembah kehinaan menuju cahaya Ilahi. Terpesona dengan kecantikan dan aroma syurga, beliau digelar az-Zahra oleh ayahandanya. Beliaulah puteri bongsu Nabi Muhammad SAW dan Khadijah binti Khuwalid. Saat masyarakat jahiliah masih merendahkan kedudukan wanita dan membunuh bayi perempuan, Fatimah ditatang bagai minyak yang penuh. Pemergian bonda tercinta saat Fatimah baru mengenal dunia, Nabi Muhammad SAW sentiasa ada dengan Fatimah. Beliau yang dibesarkan tidak pernah berasa senang, cukup bersederhana dalam segala perkara, dinikahkan dengan Ali bin Abi Talib, yang juga hidup dalam serba kekurangan. Bukan kekayaan dunia yang dicari, tetapi kekayaan dan kebahagiaan akhirat. Pasangan yang memendam rasa cinta sesama sendiri, dinikahkan Nabi Muhammad SAW di dunia dan disatukan Allah SWT di langit. lndahnya kuasa cinta mereka. Solehahnya beliau mencintai ayah dan suaminya. Tidak pernah merungut dan berkasar pada suami. Suami dimuliakan dan dihormati. Melahirkan pewaris keturunan nabi, yang turut menjadi pemuda-pemuda syurga. Pemergian ayahanda tercinta, menarik separuh nyawanya, namun senyuman terukir indah apabila diketahui bakal menyusul pula. Mulianya beliau, di antara empat wanita yang dijanjikan syurga. Pemimpin wanita di dunia dan penghuni syurga paling utama.

Avg Rating
4.81
Number of Ratings
21
5 STARS
81%
4 STARS
19%
3 STARS
0%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Abdul Latip Talib
Abdul Latip Talib
Author · 48 books

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved