
Pemenang Kategori Cerpen Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009 Antologi ini menghimpunkan 9 cerpen remaja yang mengungguli Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, hasil cipta mengarang generasi baharu di samping pengarang kawakan. Kategori Cerpen Remaja Hadiah Utama 1. Ayam Patah Kepak oleh Hafizah Iszahanid (Hanif Hafiza) 2. Kasut Tutankhamun oleh Fudzail 3. Puaka Pak Jaha oleh Nadia Mohamad Hatta (Nadia Khan) Hadiah Penghargaan 1. Es Teler Pagi Raya oleh Ummi Hani Abu Hassan (Ummu Hani Abu Hassan) 2. Fort Margherita oleh Mohd Ali Salim 3. Munsyi oleh Husna Nazri 4. Hipertensi oleh Dr Ilias @ Illias Zaidi 5. Khilaf oleh Wan Marzuki Wan Ramli 6. Sanubari Seorang Anak oleh Siti Hajar Mohd Zaki Peringkat Saringan Berdasarkan skop dan ukuran yang telah ditetapkan, Panel Hakim mendapati sejumlah 56 buah cerpen sesuai dikategorikan sebagai cerpen remaja. Daripada jumlah tersebut, 19 judul disenarai pendekkan untuk dibawa ke peringkat akhir. Cerpen-cerpen itu adalah seperti yang berikut: 1. Ayam Patah Kepak (Hanif Hafiza) Mingguan Malaysia, 7 Jun 2009 2. Di Langit Tursina, Ada Bintang Yang Menunjuk Arah (Mawar Shafie) Mingguan Malaysia, 22 November 2009 3. Es Teller di Pagi Raya (Ummu Hani Abu Hassan) Mingguan Malaysia, 20 September 2009 4. Fort Margherita (Mohd Ali Salim) Mingguan Malaysia, 16 Ogos 2009 5. Hikmah di Sebalik Ujian-Nya (Mawarni Sulaiman) Harmoni, 15 Oktober 2009 6. Hipertensi (Ilias Zaidi) Mingguan Malaysia, 1 Februari 2009 7. Hujan Kenangan (Azmi Ibrahim) URTV, 1-15 Mac 2009 8. Kasut Tutankhamun (Fudzail) Mingguan Malaysia, 19 April 2009 9. Ketupat Palas dan Teluk Belanga (Citra Dinda) Harmoni, 15 September 2009 10. Khilaf (Wan Marzuki Wan Ramli) Mingguan Malaysia, 12 April 2009 11. Kimono Ungu Bersulam Bunga (Rebecca Ilham) Mingguan Malaysia, 3 Mei 2009 12. Munsyi (Husna Nazri) Utusan Melayu Mingguan, 2, 9 dan 16 November 2009 13. Pencinta Putih Kelir, Pewaris Merah Muleta (Nasriah Abdul Salam) Mingguan Malaysia, 8 Februari 2009 14. Puaka Pak Jaha (Nadia Khan) Mingguan Malaysia, 27 Disember 2009 15. Sanubari Seorang Anak (Siti Hajar Mohd Zaki) Mingguan Malaysia, 25 Januari 2009 17. Semangat dalam Gelap (Ang Chin Huat) Mingguan Malaysia, 9 Ogos 2009 18. Serban Sehelai (Siti Hajar Mohd Zaki) Utusan Melayu Mingguan, 16 Mac 2009 19. Talkin Untuk Guru (Husna Nazri) Mingguan Malaysia, 24 Mei 2009
Authors

Berasal dari Chemor, Perak. Lulusan sarjana muda Seni Gunaan dari Universiti Malaysia Sarawak. Pembabitan dalam penulisan bermula sejak belasan tahun dan pernah mengikuti Minggu Penulis Remaja anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1994. Antara novel yang dihasilkan; Noktah di Hujung Rindu (2005), Kala Hujan Menitis (2007), Andainya kukembali (2009), Sehiris Bulan (2011), Deru Angin (2012), Lelaki Januari (2014), Nan Yang (2014) dan antologi cerpen Ayam Patah Kepak (2013). Antara pencapaian dalam penulisan termasuklah Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat 1993 dan 1995, Hadiah Karyanet 2004, Hadiah Sastera Berunsur Islam 2005 dan 2011, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009, 2011 dan 2013, Sayembara Fiksyen Sains UTM-Utusan 2011, Anugerah Buku RTM-PNM 2012. Hafizah Iszahanid pernah mewakili Malaysia untuk mengikuti Bengkel Mastera (Novel) pada 2011 di Bogor, Indonesia.
