Margins
Gadisku Wan Adnin book cover
Gadisku Wan Adnin
2012
First Published
4.31
Average Rating
313
Number of Pages

cinta itu kurniaan Allah jatuh dalam hati-hati hamba-Nya Wan Adnin satu-satunya cucu perempuan Wan Suhaidah. Neneknya itu wanita aristokrat yang hidup dalam zaman yang salah. Dia mahu tentukan pasangan hidup Adnin. Dia mahu Adnin mendapat suami yang sedarjat. Satu per satu pinangan orang Wan Suhaidah tolak sehinggalah hadirnya Ahmad Akhtar... “Tapi kalau Tok Bonda kau tu panjang umur sampai seratus tahun, macam mana? Cuba kira berapa lama kau kena ‘kelola’ dia di sini. Kira umur kau sudah berapa waktu tu?” “Haniiii!” “59!!!” Cepat sahaja Zie mengira. Mentang-mentanglah emaknya itu ada kedai runcit kampung. Adnin ambil bantal dan memukul mesra Hani, kemudian Zie. Jahat! “Adnin! Kau ingat Akhtar nak kahwin dengan kau yang sudah nenek-nenek waktu tu! 59, Adnin, 59! Ingat tu,” sambung Hani. Sementara itu Zie pula membuat gema mengulang usikan Hani: ‘59, Adnin, 59! Ingat tu’. Sheri dan Zila sudah ketawa. Tidak tahan. “Yalah, kalau dah betul Akhtar tu cinta kat kau separuh mati pun, padan patutlah... takkan sampai tua kerepot pun dia masih setia nak tunggu!” tambah Zie menambah benzin. Sampainya hati mereka kata macam tu dekat Tok Bonda. Kawan-kawannya itu tak pernah berhenti ‘membasuh otak’nya supaya ‘menderhaka’. Jadi apa yang Adnin pilih? Ikut rasa Tok Bondanya, atau ikut kata hati! Tapi kata peribahasa lama pula, ikut rasa... binasa, ikut hati... mati! *** Anak kelahiran Sungai Petani ini pilih membaca apa saja. Kajiannya mengenai perubahan bahasa diraja (1786-1894) untuk disertasi Sarjana Linguistik (di Universiti Malaya) banyak membantu NOOR SURAYA untuk membina plot Gadisku, Wan Adnin ini. Sebagai bekas pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia, NOOR SURAYA suka sekali menjadikan universiti itu sebagai latar untuk cerita-ceritanya. Pada NOOR SURAYA siapa lagi yang akan bercerita fasal negerinya, kalau tidak anak-anak negeri itu sendiri. Lalu kali ini NOOR SURAYA telah bercerita tentang satu daerah kecil lagi permai... di kaki Gunung Jerai dengan sawah bendang yang menghijau, di depannya ada tali air yang suatu waktu dulu pernah indah!

Avg Rating
4.31
Number of Ratings
268
5 STARS
49%
4 STARS
36%
3 STARS
12%
2 STARS
3%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Noor Suraya
Noor Suraya
Author · 18 books

Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini. Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi. ~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved