Margins
2022
First Published
4.08
Average Rating
355
Number of Pages

Galat. Pertama kali mendengarnya, Teja rasa pelik. Kerana rasa ingin tahu, dia mengikuti datuknya Bahrom masuk ke dimensi Swargaloka, di mana langitnya berubah-ubah warna, dan penghuninya adalah makhluk-makhluk mitos dan lagenda. Antaranya lelaki berkepala pelanduk, seekor mawas yang hobinya melukis kaligrafi dan lembuswana, sejenis singa bergading, berkepak geroda dan bersisik ikan. Namun sebaik ikatan kain merah di tangannya terlepas, Teja tidak lagi dapat meninggalkan dimensi aneh itu. Dia terperangkap, dan nyawanya kini dalam bahaya. Napuh harus membawa Teja ke teras Swargaloka, tempat yang dikatakan pintu masuk dan keluar asal dimensi ini. Namun untuk sampai ke teras Swargaloka, mereka harus menempuhi pelbagai halangan. Demi janjinya pada Bahrom, Napuh harus lakukan apa sahaja untuk mengembalikan Teja ke dimensi manusia.

Avg Rating
4.08
Number of Ratings
135
5 STARS
30%
4 STARS
50%
3 STARS
19%
2 STARS
1%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Iqbal Rafiuddin
Iqbal Rafiuddin
Author · 5 books
Iqbal Rafiuddin merupakan penulis pelbagai genre. Pernah menulis untuk Terfaktab, Bukupojok, MagicBean (Gempakstarz), Fixi dan Menara Seni.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved