Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Gelombang Baru
Gelombang Baru
Series · 2 books · 2020
By
Hilal Asyraf
Books in series
#1
Gelombang Baru 1
2020
Dihurung prestasi yang menjunam, ditambah dengan masalah peribadi para pemain, Pasukan Bola Tampar Ma’had At-Tarbiyah Al-Islamiyyah(MATRI) bakal dibubarkan tidak lama lagi. Kehadiran seorang jurulatih bernama Hussam, cuba mengubah keadaan tersebut. Tetapi, usaha itu tidak disambut dengan gembira oleh pemain-pemain, yang tidak menggemari gaya jurulatih tersebut. Mampukah Pasukan Bola Tampar MATRI mengubah keadaan mereka, dan selamat dari pembubaran?
#2
Gelombang Baru 2
2020
Pasukan Bola Tampar MATRI kini kembali bersatu. Pencapaian yang dipamerkan di Kejohanan Terbuka telah menjadi bukti bahawa mereka mampu melakukan peningkatan dan membuat perubahan. Nama “Avant-garde” kini hidup kembali. Tetapi cabaran belum berakhir. Pembubaran masih menghantui, apabila pencapaian akademik dijadikan penanda aras. Bersama Hussam, mereka cuba mengatasi halangan tersebut. Pada masa yang sama, jurulatih Sekolah Sukan Negeri Perlis(SSNP), Cikgu Senan, mula rasa terancam dengan perkembangan Pasukan Bola Tampar MATRI. Tidak mahu rekod juara bertahan SSNP runtuh, Cikgu Senan mula menyusun makar yang bakal menggegar pasukan Avant-garde!
Author
Hilal Asyraf
Author · 46 books