Sayembara Mengarang Sempena Perayaan Jubli Emas DBP bertujuan menggalakkan golongan sasterawan dan penulis tanah air menghasilkan karya yang menggarap persoalan masyarakat Malaysia yang membangun dan berdaya saing, liberal, prograsif, aman damai dan dipandang tinggi oleh negara luar dari dahulu, sekarang dan pada masa hadapan. Hilmi telah memutuskan, tidak akan pulang ke Kuala Lumpur selagi keputusan STPM tidak diumumkan. Dia mencari-cari ketenangan dan jemu dengan hiruk-pikuk dan kesibukan kota raya. 'Selepas ini ke mana pula diri ini akan dihanyutkan arus hidup?' Persoalan tentang masa hadapannya ini kerap bermain di sanubarinya. Tidak terfikir oleh Hilmi yang dia akan benar-benar 'hanyut' bukan dalam arus hidup tetapi gelombang gadang yang hampir meragut nyawanya. Plot Gelombang Buana ini dijalin secara kronologi dengan teknik imbas kembali menjadikan novel ini menarik untuk bacaan remaja.