
Gergasi Tahun 1511. Di kala kota Melaka sedang diserang, muncul gergasi misteri yang digelar Batara Waja membantu hulubalang tempatan menghadapi askar Portugis. Namun dalam satu pertempuran, Batara Waja tiba-tiba hilang… 500 tahun kemudian. Siti Nuraini, seorang kurator di Muzium Negara, yang bersahabat dengan seorang pemuda bernama Rizal, telah menemui sebuah artifak aneh. Namun artifak itu hilang sewaktu dalam simpanan muzium. Kotaraya kemudiannya digemparkan dengan kemunculan gergasi yang membunuh manusia-manusia tertentu – dan lagenda Batara Waja kembali. Rizal mengalami mimpi-mimpi aneh berkaitan gergasi tersebut dan sering pitam. Suatu hari, muncul seorang lelaki bernama Hu Xien yang memberitahu Rizal bahawa dia ada kaitan dengan kemunculan GERGASI itu... - - - - - - - - - - - - - - - - - - - An armored giant appears in 1511 to assist Melaka that is being invaded by the Portuguese. The giant disappears but then surfaces 500 years later in modern-day Kuala Lumpur. A mild-mannered computer programmer Rizal is told by a mysterious warrior, Hu Xien, that Rizal has something to do with the giant's reappearance... ______________________ Novelis : Khairul Nizam Khairani Lahir kat Parit Jawa, Bapak Bugis, Mak Jawa, Suka mi rebus Jawa, Tulis bukan suka-suka, Tulis harap boleh kaya, Kalau miskin pun tak apa, Asal mati masuk syurga, Amin! Cetakan Pertama : Oktober 2012 -