Margins
Hamzah bin Abdul Muttalib book cover
Hamzah bin Abdul Muttalib
Penghulu Para Syuhada
2012
First Published
4.70
Average Rating
256
Number of Pages

Part of Series

Hamzah adalah seorang ahli sukan, pakar memanah, dan pakar menunggang kuda. Beliau begitu dihormati di kota Makkah kerana karismanya dan turut dikenali sebagai 'Singa Allah' kerana keberaniannya. Beliau adalah bapa saudara kepada junjungan mulia Nabi Muhammad dan juga menjadi saudara susuan dengan baginda Nabi. Keperwiraan Hamzah menjadikan beliau antara panglima Islam yang digeruni. Tidak ada yang mampu berhadapan dengan beliau, dan akhirnya hanya dengan tikaman curi yang mampu menewaskannya. Dalam Perang Uhud, beliau akhirnya syahid. Inilah kisah beliuau, kisah ketua para syuhada.
Avg Rating
4.70
Number of Ratings
20
5 STARS
70%
4 STARS
30%
3 STARS
0%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Al Ghazali
Al Ghazali
Author · 10 books

Al Ghazali Sulaiman berasal dari Tangkak, Johor Darul Takzim. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam. Merupakan mantan peserta Minggu Penulis Remaja (MPR) 2010 anjuran Dewan Bahasa danPustaka. Karya kreatif dan non-kreatif beliau seringkali mendapat tempat di media massa. Antaranya majalah Dewan Ekonomi, Dewan Budaya, Dewan Bahasa, Dewan Sastera, TunasCipta dan Pelita Bahasa. Juga di akhbar Berita Minggu, Mingguan Malaysia, Harakah dan Siasah.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved