
Part of Series
Ini bukanlah Hang Nadim dalam kisah Singapura dilanggar Todak, tetapi ini adalah Hang Nadim anak Hang Jebat. Kisah Hang Nadim yang menentang penjajah Portugis tanpa erti kenal menyerah. Menurut sejarah Melayu, Laksamana Hang Nadim adalah anak Hang Jebat. Beliau dikurniakan umur yang panjang. Semasa Melaka digempur oleh Portugis, beliau turut sama berjuang mempertahankan Melaka. Selepas Melaka tumpas, Hang Nadim terus berjuang bagi merampas kembali Melaka daripada Portugis. Walaupun Portugis kukuh di Kota A Famosa, serangan demi serangan tetap dilancarkan oleh Hang Nadim demi jihad kepada agama dan tanah air. Bagaimanakah akhirnya jihad Hang Nadim?
Author

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.