
THEA tak pernah men duga akan jatuh cinta dan mempunyai keluarga sendiri. Kehadiran Wabil beriava membuatkan Thea mahu mencipta impian tersebut Namun ada satu perkara vang merisaukan Thea iaitu penerimaan ahli keluarga Wabil. Dan perkara yang dia takut berlaku juga selepas dia bergelar isteri. "Sebab nilah aku tak suka budak dari keturunan mana masuk dalam keluarga kita. Aku dah suruh along pilih Aisyah tetap juga nak perempuan tak ada keturunan ni." Terhina dengan kata-kata itu, Thea nekad tidak menjejakkan kaki ke rumah mentuanya. Wabil tersepit. Antara isteri dan emak, kedua-duanya dia savang. Hampir tiga tahun mereka mendirikan rumah tangga, Wabil dikejutkan dengar rahsia yang disimpan oleh isterinya. Kepercayaan Wabil musnah sekelip mata. "Mak tak ada kaitan dalam masalah rumah tangga kita.". Wabil "Bohong! Mak punca kita bergaduh sampai hubungan kita jadi macam ni. Kalau mak tak beritahu abang, kita mungkin dah pergi bercuti."- Thea Wabil tak mampu bertahan lalu perpisahan yang diminta. Thea merayu agar Wabil masih setia di sisinya. Rayuannya langsung tidak diendah. Akhirnya Thea akur dengan kemahuan si suami. "Seminggu sebelum kita berpisah, Thea nak abang tinggal di rumah ni,. Thea nak abang bahagiakan Thea untuk tempoh seminggu."- Thea Adakah Wabil bersetuiu untuk memenuhi permintaan Thea sebelum berpisah? Dan benarkan hanya seminggu Thea mahu mencipta bahagia sebelum mereka benar-benar berpisah?