Margins
Hati Nurani book cover
Hati Nurani
2020
First Published
258
Number of Pages

Semasa datang membuat penilaian tentang syarikat yang baru diambil alih oleh atasannya, Adam bertemu dengan Nurani. Nurani yang misteri. Gadis itu tahu membancuh kopi mengikut cara dan sukatan yang Adam suka. Lebih mengejutkan, Nurani juga tahu nama penuh Adam yang jarang digunakan dalam urusan kerja. Siapa sebenarnya Nurani? Semua rasa tertanya Adam membawanya kepada jawapan yang tidak masuk akal. Lantas Nurani dituduh menipu dan dipadam daripada memori hidupnya. Pada Adam, Nurani bermasalah dan tidak boleh dipercayai. Namun tak semudah itu saja dia boleh melupakan si gadis.Walaupun sudah tiga bulan tidak bertemu, Adam masih dihantui dengan kata-kata terakhir Nurani kepadanya. “Tuan pernah tidur, bermimpi perkara yang Tuan rasa macam deja vu, lepas tu Tuan terjaga dan Tuan rasa ada sesuatu tengah perhatikan Tuan?” – Nurani Pertemuan kedua mereka membuatkan Adam mula sedar tentang sesuatu yang selama ini tidak pernah diketahui wujud dalam hidupnya. Mimpi yang selama ini kerap berkunjung rupa-rupanya bukan permainan tidur semata. Mimpi itu juga yang sebenarnya membuatkan Nurani muncul di dalam takdirnya “Saya tak faham kenapa saya tiba-tiba terkait. Tak sepatutnya saya terlibat dalam masalah orang lain. - Nurani “Kalau awak tak mahu terlibat, sepatutnya awal-awal lagi awak tak perlu penuhi permintaan dia. Tak perlu bancuhkan kopi yang pertama tu.”- Adam Adam dan Nurani. Kedua-duanya berada di atas jalan hidup yang masih kabur tidak jelas hala tujunya. Mungkinkah pertemuan ini akan membawa mereka ke tujuan yang sama? Atau salah seorang daripada mereka sebenarnya ditakdirkan untuk singgah sementara saja?

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved