


Books in series

#3
Diari Super 3G
2011
Buku catatan harian mengenai seorang pelajar bernama Alfi yang gemar membaca komik dan novel. Beliau memasang impian untuk bergelar superhero. Projek Superhero Sri Bangsar dirangka dalam usaha mencapai impian tersebut. Kebakaran kantin sekolahnya telah menyemarakkan dirinya untuk bergelar superhero. Akan tetapi untuk mencapai impian murninya itu tidak semudah yang disangka apabila Alfi terpaksa menempuh berbagai rintangan hingga disuatu ketika dia telah berputus asa untuk meneruskan impiannya. Dikala dirinya yang diselubungi awan mendung kegagalan, muncul sinar baru yang menyuluh dirinya ke puncak kejayaan. Kejadian bersama guru Kemahiran Hidupnya telah memberi harapan baru buat Alfi untuk bergelar superhero.

#4
Hero Rebut Popular
2011
Super 3G, superhero kebanggaan warga Sri bangsar. Popularitinya menyamai artis tempatan. Super 3G kini mencipta fenomena baru di Sri Bangsar. Tetapi semua itu hanyalah sementara. Kehadiran Gadis Bintang yang mempunyai kekuatan yang luar biasa telah menggugat populariti Super 3G hingga mencetuskan permusuhan antara mereka berdua.
Kehadiran Nurnajmina, pelajar baru Sekolah Menengah Sri Bangsar telah menarik perhatian Alfi untuk berkenalan lebih rapat. Berbagai taktik dan cara digunakan untuk mendekati gadis tersebut.

#5
Hero Takut Zombie
2012
SPM sudah hampir, Sekolah Sri Bangsar bercadang untuk mengadakan kem motivasi selama dua hari satu malam untuk bakal calon SPM. The Wannababes yang baru pulang dari kem sorak di Universiti Selatan Malaysia sekali lagi terpaksa menyertai aktiviti tersebut selepas dipaksa oleh Cikgu Amnah, si Harimau Sri Bangsar. Cikgu Aziz pula dilantik sebagai pembantu Cikgu Amnah dan ditugaskan menjaga keselamatan para peserta kem.
Kem motivasi yang pada mulanya berjalan dengan lancar akhirnya menjadi huru-hara apabila makanan para peserta telah diracun oleh Agensi B1N1 yang ingin mensabotaj Cikgu Aziz. Akibatnya para peserta bertukar menjadi zombie kecuali Cikgu Aziz, Fasha, Shasha dan Diana kerana tidak memakan makanan tersebut.
Kini mereka berempat bersatu membawa misi untuk memulihkan semula peserta-peserta yang telah menjadi zombie. The Wannababes yang terkenal dengan gediknya, berpeluang untuk beraksi sebagai superhero. Berjayakah mereka untuk melawan zombii-zombie Sri Bangsar seterusnya memulihkan semula seperti sedia kala? Semuanya terjawab dalam Siri Hero Sri Bangsar : Hero Takut Zombie.

#9
Hero Cubit Orang Jahat
2014
Siri hero sri bangsar kembali dengan siri yang ke sembilan. Dak Gedik yang memukul Gadis Bintang mula rasa bersalah. Dia yang melihat kekejaman Taikocheng telah sedar yang dia telah diperalatkan dan tidak mahu lagi menjadi superjahat.
Najmina yang koma beberapa hari di hospital akhirnya sedar. Namun masalah baru pula timbul apabila gadis itu telah hilang ingatan. Sikapnya juga seperti budak perempuan 12 tahun. Maka bermulah misi Cikgu Aziz dan Alfi untuk memulihkan Najmina.
Kumpulan JOI pula telah membuat perancangan baru. Papa Jon telah diarahkan untuk mencipta serum super. Manakala Mr. Pinki pula diarahkan untuk mengintip gerak-geri Skaud Hero Sri Bangsar. Hasil dari pengintipan itu. Mr. Pinki telah berjaya menculik Gadis Bintang.
Authors

Ain Maisarah
Author · 79 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.