Margins
Hero book cover
Hero
2011
First Published
4.32
Average Rating
438
Number of Pages

Part of Series

Hero. Seorang perwira yang muncul dikota raya Angsana semenjak dua tahun yang lalu, bertindak sebagai penjaga kepada kota raya yang dibina oleh sepuluh jutawan Islam. Syaitan bertopeng, satu organisasi penjenayah yang berkuasa dikota raya Angsana menjadi musuh utama Hero. Syaitan Bertopeng terus berjaya dalam gerak kerja mereka. Kini, enam daripada sepuluh jutawan Islam itu telah mati dan Hero percaya bahawa Syaitan Bertopeng bertanggungjawab. Namun, dia tidak mampu mencari bukti dan menyelesaikannya. Ditengah keserabutan jiwanya, muncul satu antagonis misteri yang menggoncangkan lagi suasana, Akuma. Ini menyebabkan Hero makin terhimpit dan perjuangannya dirasakan sia-sia. Konflik bertambah dengan Amir Faheem, identiti sebenar Hero, terpaksa berkahwin dengan Afeefah Husna, seorang perempuan solehah untuk menyelamatkan harta warisan bapanya. Amir Faheem terperangkap kerana dia perokok tegar dan seorang yang tidak mendirikan solat! Apakah Hero mampu menyelamatkan kota raya Angsana yang dibina atas keimanan itu? Apakah dia mampu menyelamatkan jiwanya? Sumber : http://nadiahabdah.blogspot.com/2011/...

Avg Rating
4.32
Number of Ratings
699
5 STARS
51%
4 STARS
33%
3 STARS
12%
2 STARS
2%
1 STARS
1%
goodreads

Author

Hilal Asyraf
Hilal Asyraf
Author · 39 books

MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved