


Books in series

#1
Hero
2011
Hero. Seorang perwira yang muncul dikota raya Angsana semenjak dua tahun yang lalu, bertindak sebagai penjaga kepada kota raya yang dibina oleh sepuluh jutawan Islam. Syaitan bertopeng, satu organisasi penjenayah yang berkuasa dikota raya Angsana menjadi musuh utama Hero. Syaitan Bertopeng terus berjaya dalam gerak kerja mereka. Kini, enam daripada sepuluh jutawan Islam itu telah mati dan Hero percaya bahawa Syaitan Bertopeng bertanggungjawab. Namun, dia tidak mampu mencari bukti dan menyelesaikannya. Ditengah keserabutan jiwanya, muncul satu antagonis misteri yang menggoncangkan lagi suasana, Akuma. Ini menyebabkan Hero makin terhimpit dan perjuangannya dirasakan sia-sia. Konflik bertambah dengan Amir Faheem, identiti sebenar Hero, terpaksa berkahwin dengan Afeefah Husna, seorang perempuan solehah untuk menyelamatkan harta warisan bapanya. Amir Faheem terperangkap kerana dia perokok tegar dan seorang yang tidak mendirikan solat! Apakah Hero mampu menyelamatkan kota raya Angsana yang dibina atas keimanan itu? Apakah dia mampu menyelamatkan jiwanya?
Sumber : http://nadiahabdah.blogspot.com/2011/...

#2
Pemburu
2016
Bakri, seorang pemuda berkelebihan luar biasa, bersama bapanya, Mustafa ingin menumbangkan Kesatuan Pemburu, sebuah organisasi rahsia, yang telah membunuh manusia kesayangan mereka. Misi itu telah membawa mereka ke Malaysia, yang kini sedang bangkit untuk bersaing dengan kuasa-kuasa besar dunia.
Misi yang kelihatan bertujuan untuk menuntut bela, hakikatnya punya matlamat yang lebih besar. Malaysia menjadi medan pertembungan antara mereka dan Kesatuan Pemburu, juga dengan diri mereka sendiri

#3
Surihati Encik Pembunuh
2017
Ahli-ahli dunia gelap telah menggelarnya sebagai 'Izrail', kerana setiap kali organisasi dunia gelap tumbang, dialah yang bertanggungjawab. Dia telah meragut 900 nyawa. Namun Faisal sudah rasa muak dengan darah dan mula tawar hati meneruskan kehidupannya itu. Sedang kemelut jiwanya mencapai kemuncak, kenalan lamanya Amirah muncul. Faisal membuat tindakan drastik, melamar ketika itu juga. Berhajat Amirah menjadi surihatinya, menemani dan membantunya keluar dari kegelapan.
Pada masa yang sama, Organisasi Hitam, yang menaungi Faisal, mempunyai satu agenda rahsia yang bakal menggegarkan Malaysia. Apakah Faisal akan berjaya menyelamatkan dirinya?

#4
Samurai Melayu
2018
Sambungan kepada Surihati Encik Pembunuh ini mengisahkan Mus'ab, seorang ejen rahsia bagi Organisasi Ryuken yang dihantar ke Malaysia untuk diaktifkan kelak. Namun 15 tahun berlalu, Mus'ab langsung tidak diaktifkan. Tetapi kini tiba-tiba Ryuken mengaktifkannya. Namun, Mus'ab itu sendiri telah berubah. Bantahan Mus'ab kepada arahan tersebut mula mengancam nyawa keluarganya. Lantas Mus'ab mengambil jalan sendiri, memberontak dan kembali menghunus senjata.

#5
Membunuh Muhammad
2019
Pertembungan antara kebenaran dan kebatilan semakin memuncak. Inteligen Kerajaan Malaysia masih tidak berputus asa memburu Nobu sebelum impiannya untuk merentas masa direalisasikan. Tetapi pasukan Afam, Bakri, Faisal dan Mus'ab juga tidak berdiam diri dan bersedia untuk kemungkinan yang terburuk.
Nobu dengan kelicikannya berjaya merentas masa, dengan satu misi yang besar - membunuh Muhammad SAW!
Satu usaha drastik yang bermatlamatkan mengakhiri pertembungan antara Ryuken dan Malaysia. Lantas Afam menghantar Bakri, Faisal dan Mus'ab untuk memintas Nobu, sedang dia sendiri berpakat dengan Tengku Amiri untuk menghadapi Ryuken di Jepun.
Bagaimanakah pengakhiran siri HERO ini?
Sudah pasti jalan perjuangan ini tidak sunyi dari cabaran yang menggegarkan!
Author

Hilal Asyraf
Author · 39 books
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.