


Books in series

#1
Hikayat Satria-Satria Sejati #1
Generasi Baru
2017
Satu tragedi tidak disangka-sangka telah berlaku, menyebabkan Airi lari dari istana, meninggalkan kezaliman ayahandanya. Takdir menemukannya dengan Aifer, puteri kepada Kabeer yang telah bersetuju melindunginya dengan beberapa syarat aneh. Tanpa Ariki tahu, lembaran pengembaraan yang panjang lagi mencabar sedang terbentang di hadapannya. Pertembungan antara kegelapan dan cahaya mula mengambil tempat.

#2
Hikayat Satria-Satria Sejati #2
Arus Perubahan
2018
Enam bulan telah berlalu semenjak tragedi di Wagaganda. Ishmakil masih belum pulang menumbuh perasaan risau dalam diri Ariki dan rakan-rakan. Ibu Umeira menghantar mereka ke Timur untuk menjejaki Ishmakil. Destinasi pertama Ariki dan rakan-rakannya ialah Mastazadi, sebuah negara pahlawan yang dipimpin seorang budak.
Tanpa Ariki ketahui, perjalanannya ke Mastazadi itu bakal dipenuhi dengan konflik dan tragedi!
Pada masa yang sama, deklarasi Ariki di Wagaganda telah menginspirasikan pemberontakan. Kini pemberontak berkumpul mempertahankan Masjid Al-Aqsa dari cengkaman Lutello, Maharaja Mukan'Aja. Lutello bergerak ke sana untuk menghapuskan mereka, tanpa menyedari sesuatu yang besar sedang menantinya.
Kisah perjuangan epik penuh dengan mehnah dan tribulasi, bakal menggegarkan para pembaca!

#3
Hikayat Satria-Satria Sejati #3
Badai Perjuangan
2019
Ariki koma selama enam bulan lamanya, dan bangkit secara tiba-tiba dengan satu kejutan yang menggegarkan semua. Pada masa yang sama, Lutello telah hilang kewarasan dan mula membina kerjasama bersama Uluwalu, dengan matlamat mahu mencapai kekuasaan yang lebih besar! Bagi menghalang kerjasama tersebut, Arata menghantar Ariki, Aifer, Yusuf, Gidaya dan Ishmakil ke Uluwalu.
Namun satu rahsia pula tersingkap melibatkan Yusuf! Runihara dan kekandanya, Jilani, akhirnya sampai ke Tanah Suci, dan polemik antara mereka dan Mikail pula tercetus, mengheret mereka ke konflik dalaman di negara utama ummat Islam itu. Pengembaraan Satria-Satria Sejati terus bergolak dan mendebarkan!

#4
Hikayat Satria-Satria Sejati #4
Samudera Pengorbanan
2020
Mukan’Aja telah berpakat bersama Uluwalu dan Tanah Suci untuk menggempur Mastazadi. Kekuatan mereka telah berkumpul di hadapan benteng Mastazadi, menanti kehadiran Lutello untuk memulakan gempuran.
Menanti momen tersebut, Lakshamana telah memulakan serangan gerila bagi melemahkan pertahanan Mastazadi.
Pada masa yang sama, Ariki telah kembali bersama Aifer, Yusuf dan Ashwadi, dan diberikan misi oleh Arata untuk menguasai Seni Tempur Maharaja. Seni tempur yang dianggap sebagai kunci untuk Ariki memenuhi takdirnya sebagai Raja Yang Sebenar.
Sementara itu, Mikail, Runihara dan Jilani telah disembunyikan oleh Ruh Al-Akbar di Madinah, namun keberadaan mereka di situ telah diketahui oleh Habib Jama’a.
Keadaan semakin genting dan mendebarkan.
Pengorbanan tidak akan dapat dielakkan!

#5
Hikayat Satria-Satria Sejati #5
Generasi Pejuang
2020
Bustanati, negara nusantara yang gagah berdiri sebagai benteng terakhir amukan Mukan’Aja, menjadi tempat perlindungan seterusnya buat Ariki dan rakan-rakan. Bersama kepimpinan Bustanati, mereka cuba mencari jalan ke arah kemenangan.
Tuah Awaras cuba untuk menjalin hubungan semula dengan Ariki, namun Ariki sukar menerimanya akibat kebenaran yang telah terzahir. Namun terpaksa bersama dengannya, akibat ilmu Seni Tempur Maharaja yang perlu dimahiri.
Merasai kehilangan, Ashwadi menyimpan dendam mendalam terhadap Lutello, yang dianggapnya menjadi punca kepada kematian insan tersayang.
Mikail pula menyusun strategi tuntas untuk bergabung Tanah Suci dan Bustanati bergabung tenaga bagi menumbangkan Mukan’Aja.
Sementara itu, Lutello tenggelam di dalam kesunyian diri dan kegelisahan jiwa.
Pada masa yang sama, Lakshamana tidak sabar untuk mempamerkan kekuatan dan menyempurnakan misi asal maharajanya!
Penamat siri Hikayat Satria-Satria Sejati, apakah perjuangan akan berakhir di sini?
Author

Hilal Asyraf
Author · 39 books
MUHAMMAD HILAL ASYRAF atau lebih dikenali sebagai Hilal Asyraf, merupakan graduan Yarmouk University(2012), Jordan dalam bidang Usuluddin. Beliau telah memulakan karier sebagai seorang penulis semenjak April 2009 dengan karya sulung, Novel VT dan Buku Motivasi Langit Ilahi: Tuhan Tidak Lupakan Kita. Semenjak itu, beliau aktif mengarang karya-karya fiksyen dan non-fiksyen. Kini telah menghasilkan lebih 40 judul karya. Beliau juga merupakan pengasas kepada web LangitIlahi.Com, dan semenjak penghujung 2016, beliau telah menubuhkan perniagaan penerbitan beliau sendiri - Hilal Asyraf Resources, dan mula menerbitkan sendiri karya-karya beliau.