Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Hikayat Suwarga
Hikayat Suwarga
Series · 1 book · 2022
By
Tey Marzuki
Books in series
#1
Hikayat Suwarga
2022
Ayu Candramaya tidak sesekali menyangka bahawa dia, seorang gadis comot yang hanya menjadi hamba di rumah sendiri itu mempunyai kelebihan yang tidak ada pada semua orang. Sejenis kesaktian, yang diwarisi daripada ibu kandung. Yang sebenarnya menjadi satu rahsia juga nanar dalam lipatan sejarah keluarganya. Pertemuan yang tidak disangka-sangka dengan seorang pendeta tua bernama Gentala turut membongkar satu demi satu rahsia yang selama ini disimpan rapi oleh sang bapa. Kecewa bercampur rasa ingin tahu yang membuak-buak membuatkan Ayu Candramaya nekad mahu keluar dari Syandana. Menuju Arga bersama-sama Gentala untuk belajar di sebuah sekolah sakti yang bernama Mustika. Biarpun mendapat tentangan daripada bapanya. Mustika menyimpan seribu misteri. Walau dikelilingi teman juga lawan, kehidupan di sana tidak pernah sunyi. Ada tawa, ada tangis, ada suka dan ada duka. Namun dalam diam, ada yang mengintai peluang. Menggenggam kesumat dan dendam membara. Menunggu masa untuk merampas kesaktian yang ada pada Ayu Candramaya bagi melunaskan agenda hitam yang dirancang lama.
Author
Tey Marzuki
Author · 11 books