
Beliau adalah pengasas Mazhab Maliki. Keturunannya berasal dari Yaman, dan moyangnya berpindah ke Madinah lalu menganut Islam pada zaman Rasulullah SAW. Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Malik. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/ 712 M selepas dikandung selama dua tahun oleh ibunya. Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman sembilan khalifah Bani Umaiyah dan lima khalifah Bani Abbasiyah. Bermula dari khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hijrah). Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 14 Rabiul Awal tahun 179 hijrah ketika berusia 86 tahun. Dalam umurnya yang panjang, beliau sempat mengarang kita Al Muwattak, kitab yang dikarang selama 40 tahun. Semuanya kerana beliau cintakan kebenaran dan memperjuangkannya. Kitabnya itu menjelaskan mengapa beliau dianggap pengarang kebenaran. Pendahuluan Bab 1: Kelahiran Seorang Ulama Bab 2: Mahu Menjadi Terkenal Bab 3: Dalam Kepayahan Ada Kesenangan Bab 4: Membuka Kelas Pengajian Bab 5: Menjadi Orang Terkenal Bab 6: Bulat As-syuhada Bab 7: Qadariyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah Bab 8: Khalifah dengan Ahli Sihir Bab 9: Istana Musim Sejuk Bab 10: Pemberotakan Bab 11: Insaf dan Bertaubat Tumbangnya Bani Umaiyah Bab 13: Khalifah Abu Jaafar al-Mansur Bab 14: Mereka yang Simpati Bab 15: Hadiah daripada Khalifah Bab 16: Imam Malik Difitnah Bab 17: Imam Malik Dihukum Sebat Bab 18: Tetamu Tengah Malam Bab 19: Pertemuan di Mina Bab 20: Kitab al-Muwattak Bab 21: Bertemu Imam Syafie Bab 22: Merantau ke Iraq Bab 23: Surat-surat Lama Bab 24: Pertemuan Terakhir Kata-kata Mereka Tentang Imam Malik Bibliografi Nasihat Imam Malik l. Ilmu itu adalah agama. Oleh itu hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu. 2. Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang takwa dan khusyuk. 3. Apabila seseorang itu zahid (tidak tamak pada dunia) Allah akan memberi nikmat kepadanya. 4. Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak antara dua perkara, maka ambillah yang lebih meyakinkan. 5. Siapa mahu menjawab sesuatu masalah dia perlu bentangkan dahulu dirinya ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat di akhirat. 6. Perumpamaan orang munafik itu ketika berada dalam masjid adalah seperti burung yang berada di dalam sangkar.Apabila pintu sangkar itu terbuka mereka berebut-rebut keluar. 7. Menurut apa yang diketahui bahawa ulama akan ditanya di akhirat kelak seperti ditanya para nabi. 8. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah kebijaksanaannya.