Margins
Imam Imam Yang Benar book cover 1
Imam Imam Yang Benar book cover 2
Imam Imam Yang Benar book cover 3
Imam Imam Yang Benar
Series · 6 books · 2009-2015

Books in series

Imam-Imam Yang Benar book cover
#1

Imam-Imam Yang Benar

2011

"Sesungguhnya ulama adalah pewaris para nabi. Sungguh para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham. Sungguh mereka hanya mewariskan ilmu maka barang siapa mengambil warisan tersebut dia telah mengambil bahagian yang banyak." (Hadis riwayat At Tirmidzi) Inilah kisah ulama pewaris Nabi. Mereka adalah imam-imam yang benar. IMAM ABU HANIFAH "Abu Hanifah adalah bapa dan pemuka seluruh ulama fiqh." - Imam Syafie. IMAM MALIK "Seandainya tidak ada Malik dan Sufyan maka sungguh akan hilanglah ilmu Hijaz." - Imam Syafie. IMAM SYAFIE "Setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi kepada Imam Syafie." - Imam Ahmad Bin Hanbal. IMAM AHMAD BIN HANBAL "Ahmad bin Hanbal imam dalam lapan hal, imam dalam hadis, imam dalam fiqh. imam dalam bahasa, imam dalam Al Quran, imam dalam kefakiran, imam dalam kezuhudan, imam dalam warak dan imam dalam sunnah." - Imam Syafie.
Imam Hanafi book cover
#2

Imam Hanafi

Pendebat Kebenaran

2010

Nama sebenarnya An-Nukman bin Thabit lahir pada tahun 80 hijrah/699 masihi di sebuah kampung bernama Anbar di daerah Kufah, Baghdad. Mendapat gelaran Abu Hanifah kerana mempunyai seorang anak bernama Hanifah. Tetapi ada pula yang mengatakan beliau suka membawa dakwat ke mana sahaja beliau pergi lalu digelar Hanifah bererti dakwat dalam bahasa Parsi. Kemudian beliau lebih dikenali sebagai Imam Hanafi. Beliau berkata “Aku memberi hukum berdasarkan al Quran. Sekiranya tidak terdapat dalam al Quran aku gunakan hadis. Jika tidak terdapat pada keduanya (al Quran dan hadis) aku gunakan pendapat para sahabat Rasulullah SAW. Aku berpegang pada pendapat siapa sahaja daripada mereka dan membuang mana-mana pendapat yang bertentangan dan aku berpegang pada pendapat yang benar sahaja.” Beliau dikurniakan umur yang panjang. Beliau sempat hidup di bawah pemerintahan kerajaan khalifah Bani Umaiyah dan Bani Abbasiyah. Beliau terkenal sebagai seorang yang ahli dalam ilmu fikah dan tauhid. Beliau belajar daripada lebih 200 ulama yang terbilang pada masa itu. Antaranya Abdullah bin Umar, Abdullah bin Abbas dan Abdullah bin Masud. Beliau juga sangat terkenal dengan kebolehan berdebat. Kebolehannya itu sangat dihormati lawan dan kawan. Imam Abu Hanifah meninggal dunia dalam penjara pada tahun 150 hijrah ketika berumur 70 tahun. Beliau dikebumikan di tanah perkuburan al Khaizaran yang terletak di timur kota Baghdad. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut siapa Imam Hanafi dan mengapa beliau dianggap sebagai pendebat kebenaran.
Imam Maliki book cover
#3

Imam Maliki

Pengarang Kebenaran

2010

Beliau adalah pengasas Mazhab Maliki. Keturunannya berasal dari Yaman, dan moyangnya berpindah ke Madinah lalu menganut Islam pada zaman Rasulullah SAW. Nama sebenarnya Abu Abdullah Malik bin Anas bin Malik bin Abi Amir bin Amr bin Haris bin Gaiman bin Kutail bin Amr bin Haris al-Asbahi. Beliau kemudiannya lebih dikenali sebagai Imam Malik. Beliau lahir di Madinah pada tahun 95 H/ 712 M selepas dikandung selama dua tahun oleh ibunya. Imam Malik dikurniakan umur yang panjang. Beliau hidup pada zaman sembilan khalifah Bani Umaiyah dan lima khalifah Bani Abbasiyah. Bermula dari khalifah al-Walid bin Abdul Malik (95 Hijrah) sampai ke zaman Khalifah Harun al-Rasyid (179 Hijrah). Beliau meninggal dunia pada hari Ahad, 14 Rabiul Awal tahun 179 hijrah ketika berusia 86 tahun. Dalam umurnya yang panjang, beliau sempat mengarang kita Al Muwattak, kitab yang dikarang selama 40 tahun. Semuanya kerana beliau cintakan kebenaran dan memperjuangkannya. Kitabnya itu menjelaskan mengapa beliau dianggap pengarang kebenaran. Pendahuluan Bab 1: Kelahiran Seorang Ulama Bab 2: Mahu Menjadi Terkenal Bab 3: Dalam Kepayahan Ada Kesenangan Bab 4: Membuka Kelas Pengajian Bab 5: Menjadi Orang Terkenal Bab 6: Bulat As-syuhada Bab 7: Qadariyah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah Bab 8: Khalifah dengan Ahli Sihir Bab 9: Istana Musim Sejuk Bab 10: Pemberotakan Bab 11: Insaf dan Bertaubat Tumbangnya Bani Umaiyah Bab 13: Khalifah Abu Jaafar al-Mansur Bab 14: Mereka yang Simpati Bab 15: Hadiah daripada Khalifah Bab 16: Imam Malik Difitnah Bab 17: Imam Malik Dihukum Sebat Bab 18: Tetamu Tengah Malam Bab 19: Pertemuan di Mina Bab 20: Kitab al-Muwattak Bab 21: Bertemu Imam Syafie Bab 22: Merantau ke Iraq Bab 23: Surat-surat Lama Bab 24: Pertemuan Terakhir Kata-kata Mereka Tentang Imam Malik Bibliografi Nasihat Imam Malik l. Ilmu itu adalah agama. Oleh itu hendaklah kamu perhatikan daripada siapa kamu pelajari ilmu itu. 2\. Ilmu itu cahaya. Ia tidak akan jinak kecuali hanya kepada hati yang takwa dan khusyuk. 3\. Apabila seseorang itu zahid (tidak tamak pada dunia) Allah akan memberi nikmat kepadanya. 4\. Sebaik-baik perkara adalah yang jelas dan nyata. Sekiranya kamu syak antara dua perkara, maka ambillah yang lebih meyakinkan. 5\. Siapa mahu menjawab sesuatu masalah dia perlu bentangkan dahulu dirinya ke dalam syurga dan neraka dan berusaha bagaimana dia akan selamat di akhirat. 6\. Perumpamaan orang munafik itu ketika berada dalam masjid adalah seperti burung yang berada di dalam sangkar.Apabila pintu sangkar itu terbuka mereka berebut-rebut keluar. 7\. Menurut apa yang diketahui bahawa ulama akan ditanya di akhirat kelak seperti ditanya para nabi. 8\. Apabila seseorang itu memuji dirinya maka hilanglah kebijaksanaannya.
Imam Syafie book cover
#4

Imam Syafie

Pejuang Kebenaran

2009

Sinopsis Imam Syafie Nama sebenarnya ialah Muhamad bin Idris bin Abbas bin UIthman bin Shafie bin Saib bin Abdu Yazid bin hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Ayahnya berasal dari keturunan Quraisy dari bani Mutalib. Ayahnya telah meninggal dunia ketika imam syafie masih kanak-kanak. Beliau dilahirkan di kota Gaza palestin pada bulan Rejab tahun 150 hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan Imam Abu Hanifah (Imam hanafi) meninggal dunia. Khalifah Islam pada masa itu ialah khalifah Abu Jaafar Al Mansur dari bani Abbasiyah. Imam Syafie dibesarkan dalam serba kekurangan. Sejak kecil lagi beliau sudah mempelajari al-Quran. Beliau menghafal al-Quran sejak berusia 9 tahun dan pada usia 10 tahun sudah menghafal dan memahami kitab al-muwattak yang ditulis Imam Malek. Beliau mempunyai suara merdu, boleh bersyair dan bersajak. Ketika berusia 15 tahun beliau sudah mengajar dan memberi fatwa kepada orang ramai di Masjid al-Haram, kerana kegigihan dan kecerdikan beliau yang luar biasa, beliau mendapat sanjungan masyarakat. Novel ini menceritakan dengan lebih lanjut berkenaan kisah hidup Imam Syafie. Suka duka dan pahit manis perjuangan dalam menegakkan kebenaran.
Imam Hanbali book cover
#5

Imam Hanbali

Penegak Kebenaran

2010

Imam Hanbali digelar Al-Hakam kerana dapat menghafaz lebih 700,000 hadis dan berpengetahuan mendalam mengenai ilmu hadis. Melayakkan beliau mengeluarkan fatwa dalam hukum Fikah. Imam Hanbali juga seorang yang sangat kuat beribadat, beliau sembahyang sunat 300 rakaat sehari semalam dan khatam Al-Quran seminggu sekali. Beliau sangat menghormati guru-gurunya. Ketika Imam Syafie menziarahinya di rumah, beliau segera bangun mengemaskan diri, menyambut kedatangan gurunya lalu diberikan tempat duduk yang tinggi sementara dia duduk di bawah. Imam Hanbali tidak gemar bergurau senda, lebih suka mendiamkan diri dan berfikir. Bercakap apabila menjawab soalan mengenai hukum agama. Suka bergaul dengan orang-orang miskin dan kurang bergaul dengan orang kaya dan orang-orang berpangkat. Khalifah Harun Ar-Rasyid pernah bertanya kepada Imam Syafie tentang orang yang layak menjadi Kadi di Yaman. Imam Syafie mencadangkan muridnya Imam Ahmad. Apabila Imam Ahmad mengunjungi Imam Syafie, beliau ditawarkan dengan jawatan tersebut tetapi ditolaknya dengan berkata ” Saya datang menemui tuan bukan untuk mendapatkan jawatan daripada khalifah”. Imam Hanbali terkenal dengan sikap pemurah. Jirannya pernah memberinya sepinggan anggur dibalasnya dengan gula, garam dan beberapa pinggan buah-buahan. Semasa pemerintahan Khalifah Al-Makmum bin Harun Ar-Rasyid, beliau menganut fahaman Muktazilah yang berpendapat Al-Quran itu makhluk yang bersifat baharu. Baginda memaksa ulama-ulama menerima pendapat itu tetapi Imam Hanbali menentangnya dengan mengatakan Quran itu kalamullah yang diwahyukan kepada Nabi Muhamad melalui malaikat Jibrail. Akibat penentangannya itu Imam Hanbali ditangkap lalu dipenjara kemudian disebat dengan rotan dalam memaksanya tunduk kepada fahaman Muktazilah. Beliau disebat dengan rotan sehingga kulitnya mengelupas dan keluar darah. Setelah khalifah Al Makmun meninggal dunia diganti khalifah Al Muktasyim. Beliau terus memenjarakan Imam Hanbali kerana melindungi fahaman Muktazilah. Sehinggalah Khalifah Al-Mutawakkil yang menganut mazhab Ahli sunnah wal jamaah berkuasa barulah Imam Hanbali dibebaskan. Dalam usaha memujuk Imam Hanbali, Khalifah Al-Mutawakkil menghadiahkan 10,000 dirham. Wang itu diambilnya tetapi kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin. Pada hari-hari tuanya Imam Hanbali menjadi tempat rujukan orang ramai khususnya di Baghdad. Dalam menentapkan hukum beliau lebih mengutamakan Al-Quran dan As-Sunnah dan pendapat para sahabat Rasulullah. Imam Hanbali meninggal dunia pada pagi hari Jumaat 12 Rabiul Awal tahun 241 hijrah bersamaan 855 masihi ketika berusia 77 tahun dan dikebumikan di Baghdad.
Imam Bukhari book cover
#6

Imam Bukhari

Pengarang Shahih Bukhari

2015

Kisah Imam Bukhari yang buta semasa kecilnya Berkta doa ibu, alhamdulillah penglihatannya kembali. Pada ketika dia sudah mampu melihat, kecintaannya terhadap ilmu terutama ilmu hadis semakin meninggi. Dia mula belajar daripada seorang guru kepada guru yang lain. Dia mula mengembara hanya bagi mengumpulkan hadis-hadis. Akhirnya selepas bertahun-tahun lahirlah Kitab Shahih Bukhari.

Author

Abdul Latip Talib
Abdul Latip Talib
Author · 46 books

Abdul Latip Talib, penulis kelahiran Negeri Sembilan ini sedang mengukir nama di persada sastera tanah air. Dilahirkan di Kg. Ulu Seperi, Rembau, Negeri Sembilan mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1990 dalam pelbagai genre; skrip drama TV, cerpen, puisi, dan novel. Sejak itu karyanya banyak meraih hadiah seperti Sayembara Cerpen Berunsur Islam, Hadiah Sastera Utusan, Sayembara Cerpen Perpaduan, dan Anugerah Sastera Negeri Sembilan. Novel Randau Ruai memenangi hadiah pertama Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak manakala novel remaja Beraraklah Awan Pilu memenangi Hadiah Sastera Utusan 2005. Penulis ini telah menghasilkan novel pahlawan Islam Salahudin Ayubi, Khalid Walid, Ikramah Abu Jahal, dan Tariq Ziyad. Kesemuanya diterbitkan oleh PTS.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved