Margins
Impiana 5 book cover
Impiana 5
The Origin
2023
First Published
3.75
Average Rating
376
Number of Pages

Part of Series

Inilah penutup kisah Syarikat Impiana Sdn Bhd, apabila salah seorang daripada enam dalang mula membuka mulut hingga menyebabkan penyiasatan lanjut. Siapa Yussof Taha sebenarnya? Bagaimana Syarikat Impiana itu mula dibina dan mengapa ia beroperasi sedemikian rupa? Modus operandi syarikat juga dicerita. Paling penting, info yang dikongsi itu ada maklumat paling berharga yang amat-amat tidak disangka! Rupa-rupanya semua peserta yang pernah terkorban keluarga, hanyalah diperangkap dalam sandiwira dan tipu daya Syarikat Impiana. Rupa-rupanya ia hanya satu lakonan semata. Semuanya masih hidup dan selamat, malah mereka ditempatkan di sebuah pulau rahsia. Linda yang mengetahui ibu bapa serta tunangnya masih hidup, terus mengambil keputusan drastik mahu menjejaki pulau rahsia. Tanpa mengira risiko, tanpa mengira apa bahaya yang menunggu di sana. Pada masa yang sama, Amir dan Qamil dapat menggali sedalam-dalamnya hal operasi Impiana. Membaca fail-fail klien terdahulu, terkejut mengetahui ada pelbagai impian manusia pelik-pelik yang pernah mendaftar dengan Impiana. Mereka juga tidak menyangka, melalui pembacaan fail itu, dapat dirungkai satu misteri jenayah yang telah lama berlaku di Sri Bangsar. Semakin dikorek semakin banyak rahsia terbongkar! Impiana 5: The Origin benar-benar membawa pembaca agar memahami susur akar permulaan terbinanya Syarikat Impiana, syarikat yang kononnya dijalankan oleh wakil-wakil malaikat Tuhan di dunia.

Avg Rating
3.75
Number of Ratings
4
5 STARS
25%
4 STARS
25%
3 STARS
50%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Ain Maisarah
Ain Maisarah
Author · 78 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved