


Books in series

#1
Impiana
2007
Segala impian anda akan tercapai..... walau dengan apa cara sekalipun!
Itulah janji Syarikat Impiana Sdn Bhd yang mampu merealisasikan setiap impian...dalam masa 3 bulan! Mahu menjadi kaya, cantik, kurus, putih dan segala macam impian mampu dilaksanakan oleh Syarikat Impiana Sdn Bhd. Tiada risiko dan tiada penipuan. Daftarlah sekarang juga! Syarikat Impiana adalah sebuah syarikat yang merealisasikan impian pelanggan mereka dengan apa cara sekalipun. Tanpa menyedari risiko yang terpaksa mereka tanggung, Shasha, Linda, Nana dan Fahrin; rakan sekolah yang bertemu semula selepas 10 tahun, secara berasingan mendaftar diri untuk memenuhi impian mereka di Syarikat Impiana selepas melihat perubahan rakan mereka, Mimi Monira yang kini langsing sedangkan dahulu sangat gemuk dan menjadi mangsa buli.

#2
Impiana II
2008
Mendaftar perkhidmatan Syarikat Impiana Sdn. Bhd. sangat mudah. Pastikan anda memiliki RM7000 dan semuanya di hujung jari. Tiga bulan tempoh perkhidmatan. Itu perjanjian yang akan dipatuhi Syarikat Impiana Sdn. Bhd. Tidak kurang mahupun lebih biarpun sedikit.
Tiga bulan yang sepatutnya menyeronokkan bertukar menjadi mendebarkan, menakutkan dan mengerikan.
Menyesal? Hendak Tarik diri? Tidak semudah itu….

#3
Impiana Misteri Terbongkar
2010
Bekas pelajar – pelajar Sekolah Sri Bangsar berkumpul kembali! Kali ini, kesemuanya sudah meningkat usia 28 tahun. Ada yang sudah berumah tangga seperti Farah dan Fahrin. Ada yang masih tercari-cari matlamat hidup seperti kebanyakan ahli The Wannababes yang lain. Semua menumpang gembira dengan kebahagiaan Fasharina binti Tan Sri Hisham yang mahu mengikat tali perkahwinan dengan Amir. Oleh itu, rancangan dan persiapan mula rancak dibuat.
Namun, tiada sesiapa menyangka pada saat akhir bahagia, Syarikat Impiana Sdn. Bhd. menjelma kembali! Kali ini, syarikat itu kekal bergerak walaupun berada di bawah pengawasan ketat pihak polis. Masih dengan misi dan mottonya yang sama iaitu mahu merealisasikan impian kliennya dalam masa tiga bulan walau dengan apa-apa pun cara. Semua bagaikan terlupa ada lagi tiga orang bekas pelajar Sri Bangsar yang belum bebas daripada cengkaman iaitu:
Nana Ilyana binti YusmanMohd
Faezal bin Rahiman
Fasharina binti Tan Sri Hisham
Ketiga-tiganya masih diburu, dikejar dan direncanakan untuk menerima pembalasan. Dapatkah mereka melepaskan diri dan mampukah mereka menumpaskan organisasi yang sebesar Syarikat Impiana?

#4
Impiana Finale
2010
Novel Impiana Finale menemui pembaca,
Karya penutup fasal impian manusia,
Kisah Tengku Affin dan Ina yang hampir bertemu bahagia,
Ada juga kisah Fazura yang tetap mahu memikat menggoda.
Linda kini dalam dilema,
Mengalami fenomena mata ala-ala misteri nusantara,
Masa hadapannya juga perlu dicorak semula,
Setelah tidak menjadi pendidik anak bangsa.
Impian Mimi Monira bagaimana pula?
Sudah dapat badan sekurus kerengga,
Tetapi hatinya kosong tidak terkira,
Mungkinkah Syazel tercipta untuknya?
Shasha dan Nana sama misinya,
Mengejar kejayaan kareer sebagai bukti kepada keluarga,
Namun sehingga kini masih solo tiada teman tapi mesra,
Mujur The Wannababes sentiasa ada menceriakan suasana.
Amir dan Fasha meniti hari menuju bahagia,
Bersiap mahu berkongsi hidup selama-lama,
Pada masa yang sama, semua menunggu tarikh yang mendebarkan dada,
Tarikh utama perbicaraan Syarikat Impiana.
Apakah nasib Syarikat Impiana?
Apakah penghujung impian semua watak yang ada?
Ketahui segalanya dalam pelabuh tirai siri terakhir novel Impiana!

#5
Impiana 5
The Origin
2023
Inilah penutup kisah Syarikat Impiana Sdn Bhd, apabila salah seorang daripada enam dalang mula membuka mulut hingga menyebabkan penyiasatan lanjut. Siapa Yussof Taha sebenarnya? Bagaimana Syarikat Impiana itu mula dibina dan mengapa ia beroperasi sedemikian rupa? Modus operandi syarikat juga dicerita.
Paling penting, info yang dikongsi itu ada maklumat paling berharga yang amat-amat tidak disangka! Rupa-rupanya semua peserta yang pernah terkorban keluarga, hanyalah diperangkap dalam sandiwira dan tipu daya Syarikat Impiana. Rupa-rupanya ia hanya satu lakonan semata. Semuanya masih hidup dan selamat, malah mereka ditempatkan di sebuah pulau rahsia.
Linda yang mengetahui ibu bapa serta tunangnya masih hidup, terus mengambil keputusan drastik mahu menjejaki pulau rahsia. Tanpa mengira risiko, tanpa mengira apa bahaya yang menunggu di sana.
Pada masa yang sama, Amir dan Qamil dapat menggali sedalam-dalamnya hal operasi Impiana. Membaca fail-fail klien terdahulu, terkejut mengetahui ada pelbagai impian manusia pelik-pelik yang pernah mendaftar dengan Impiana. Mereka juga tidak menyangka, melalui pembacaan fail itu, dapat dirungkai satu misteri jenayah yang telah lama berlaku di Sri Bangsar.
Semakin dikorek semakin banyak rahsia terbongkar!
Impiana 5: The Origin benar-benar membawa pembaca agar memahami susur akar permulaan terbinanya Syarikat Impiana, syarikat yang kononnya dijalankan oleh wakil-wakil malaikat Tuhan di dunia.
Author

Ain Maisarah
Author · 78 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.