
Bahawa otak menguasai anggota tubuh, mind over matter. Oh, sungguh benarkah? Perdebatan falsafah ini sudah terlalu lama. Sejak hujah Plato dibantah. Dan dunia sains yang berakarkan materialisme terbius bingung, merumus-rumus formula tentang nyawa, tentang otak. Rumus yang tak kan terbinakan, tak kan terlawankan kuasanya Tuhan, bahawa hakikat kejadian insan diiringi roh, entiti supramateri daripada sirr Allah al-Musawwir.