
Menghimpunkan 10 buah cerpen remaja yang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003. Karya-karya tersebut merupakan hasil cipta pengarang generasi baru, di sampingp pengarang kawakan tanah air Cerpen-cerpen yang terpilih ini mengangkat isu yang amat relevan dengan remaja dan dunia mereka, iaitu pegangan agama dan pembinaan jati diri, peri pentingnya hubungan kekeluargaan dan persahabatan, kematangan dalam menangani dugaan hidup, perkembangan politik global, serta kegigihan meneroka bidang teknologi tinggi. Secara bervariasi, karya-karya tersebut dipersembahkan dengan berseni, berhikmah, diselitkan unsur humor yang segar, menggunakan bahasa yang mantap serta menguja daya taakulan pembaca. "Inikah Sejarah Esok" yang menjuduli antologi ini mengimbau remaja untuk memandang jauh ke zaman dan menilai nasib peribadi andai runtuh jati diri.