Margins
Intan Lara & Duke Arjuna book cover 1
Intan Lara & Duke Arjuna book cover 2
Intan Lara & Duke Arjuna
Series · 2 books · 2015-2024

Books in series

Miss Sorak Lawan Budak Kawad book cover
#1

Miss Sorak Lawan Budak Kawad

2015

Intan Lara, ahli sorak berbakat dari Sekolah Sri Bangsar. Tiba-tiba terpaksa berpindah ke sekolah tentera nun jauh di Terengganu. Oh, seksanya! Memang terseksa jiwa, memang berduka lara! Tambah menyakitkan dada, di sekolah tentera tiada pasukan sorak. Tiada kokurikulum lain kecuali kawad! Bagaimana Intan Lara yang sudah biasanya terkinja-kinja menari riang ria, diminta berdiri tegak macam patung bernyawa? Mana boleh tahan, disuruh kawad ke kiri dan kanan... seperti robot yang hanya mengikut arahan? Lebih parah, di sekolah tentera juga wujudnya lelaki bernama Duke Arjuna. Ketua kawad yang garang macam singa, pendiam macam orang ais Kutub Utara. Sukar didekati, awal-awal sudah menunjukkan tanda-tanda mahu berperang dan entah kenapa... suka benar mencari silap Intan Lara. Apa kesudahannya? Damai ataupun perang hingga bila-bila? Ikuti kisah ini hingga ke muka surat terakhir ya!
Duka Lara book cover
#2

Duka Lara

2024

"Wah...namanya Intan Lara? Sekali dengar macam sesuai sangat jika nak dipadankan dengan nama Duke Arjuna. Seorang DUKA dan seorang lagi LARA.. mesti ‘berduka lara’ dibuatnya hidup bersama-sama." Itulah kata-kata yang sering diucap berulang kali, menjadi usikan rakan-rakan sekolah yang meniti dari bibir ke bibir. Ia bagaikan doa buat dua insan yang dahulunya berlawanan prinsip. Seorang ahli sorak gedik.... seorang lagi budak kawad yang tegas tiada kompromi. Kini sepuluh tahun menginjak pergi... Intan Lara menjadi guru yang disenangi. Bertunang dengan si Duke Arjuna yang sudah mencapai cita-cita tertinggi. Terbang membelah awam selaku juruterbang TUDM, itulah yang diidamkan sejak azali. Karier berbeza, menimbulkan masalah komunikasi yang ketara. Seorang mengharapkan perhatian, manakala seorang lagi sentiasa perlu bersedia... 24 jam bertugas untuk negara. Mampukah perhubungan bertahan atau dua insan ini sememangnya ditakdirkan berduka lara buat selama-lama?

Authors

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved