
Zaman sekarang tiada istilah perigi cari timba. Kalau dah berkenan tak salah mencuba. Itu yang Syu lakukan saat dia sukakan seseorang. Pertemuan pertama Syu bersama Amir, membuatkan dia tersuka secara tak sengaja. Takdir pula seperti memihak kepada Syu apabila lelaki itu merupakan jiran di hadapan rumahnya. Demi meraih perhatian lelaki itu. pelbagai cara dilakukan oleh Syu. Tapi lain pula yang berlaku apabila Syu menjadi perhatian adik-adik Amir. "Jiran kita tu macam ada hati dekat along."-Angah Seriuslah."- Laili Siapa sangka dalam diam Amir turut memulakan langkah untuk. berkawan dengan Syu. Dan tanpa sedar, hubungan mereka semakin rapat. Saat mereka disatukan, Syu orang yang paling bahagia. Namun dia diuji dengan sikap suaminya yang gila kerja selepas bergelar isteri. "Lepas makan malam, dia akan buka laptop. Kadang-kadang Kak Syu ni berbual sorang-sorang aje. Baik cakap dengan dinding aje."- Syu Abang ni tak pernah bercinta dulu. Banyak perkara yang abang tak tahu untuk pujuk perempuan. Nak pujuk Li abang tahulah. Bagi duit dia terus okey." Betullah orang kata bercinta dan berkahwin, ujiannya tak sama. Saat satu, tragedi berlaku, Amir menyalahkan Syu sehingga wanita itu berjauh hati. Hubungan mereka mula goyah apabila Syu nekad ingin bersendirian. Masih kuatkah lagi ikatan hubungan mereka selepas diuji? Dan adakah tepat keputusan Amir memilih Syu sebagai isteri?