
JAJA & Din ❤ Cinta pandang pertamakah ini... ✽ Sekiranya tiba-tiba anda bertemu dengan lelaki yang membuat jantung anda berlari setara dengan kelajuan jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda pula tak bisa berpaling daripada dia biarpun sedetik, lalu apa tindakan anda? A. katakan: lupakan sahaja itu hanya logamaya B. rahsiakan perasaan anda dalam diari merah jambu C. kenal pasti siapa dia, dan suruh ayah ibu meminang dia D. segera periksa jantung, mata dan tekanan darah, ke doktor pakar Ⓐ Ⓑ Ⓒ Ⓓ Jaja telah memilih C ✔ cinta telah membuat aku tidak lut lagi dengan segala ‘peraturan hati’ yang selama ini aku junjung! Implikasinya: [✉¿∫∞Ωπ䮉¾] Abah: " Alahai, anak abah ni, awat la sampai jadi lagu tu! " Mama: " Mama nak sorok muka ni kat mana, Jaja? " Inilah cerita Jaja yang meminang ustaz Sastera Arab lulusan Universiti al-Azhar sebagai suami. Tegarkah Jaja seorang media planner memilih hidup ala-ala ‘zuhud’ macam Din nanti? ♡ rupa-rupanya cinta telah membawa hatiku terbuai-buai ke sana ke sini tanpa perlu berhenti di mana-mana ‘lampu isyarat’...❀ _____________________________ Editor & Penata Aksara : Mariah Mustapha Penyemak Aksara : Noor Suraya Adnan Sallehudin Reka Bentuk Kulit : Helmino Lukisan : Oly Pencetak : Maju Indah Cetakan Pertama : 15 Disember 2009 Cetakan Kedua : Mac 2010 Cetakan Ketiga : April 2010 Cetakan Keempat : Januari 2011 -
Author

Lulusan Diploma Pendidikan (KPLI) daripada Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI) ini, pernah menjadi pendidik selama 13 tahun. Noor Suraya juga seorang Munsyi Dewan yang aktif dalam dunia penerbitan. Kini Noor Suraya mengetuai JS Adiwarna Publications & Distributors Sdn. Bhd. sebagai Pengarah Eksekutif di samping bertindak sebagai Pengarah Urusan untuk Jemari Seni Sdn. Bhd. Justeru, Noor Suraya juga bertanggungjawab memantau hal-hal yang berkaitan dengan editorial, pemasaran dan komunikasi di kedua-dua syarikat penerbitan ini. Noor Suraya memiliki ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya, dan Sarjana Muda Komunikasi (Komunikasi Massa/Pengurusan) daripada Universiti Sains Malaysia. Noor Suraya pilih membaca apa saja – daripada teks klasik, cerita-cerita panji dan warkah-warkah lama sehinggalah tulisan-tulisan kontemporari serta teks-teks ilmiah. Cerita kanak-kanak dan komik selalu menjadi ‘pembuka selera’ membacanya. Bidang yang menjadi perhatian khususnya Noor Suraya tentulah hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan linguistik, sastera dan budaya, sejarah (dan sirah), biologi, juga fasal sosiologi serta antropologi. ~ Noor Suraya telah menambah perbendaharaan kata baharu pada pembaca muda melalui penulisannya yang cermat ~