Margins
Jenama X book cover
Jenama X
Bijan, Gayour, Tembakau, and more
2016
First Published
4.71
Average Rating
242
Number of Pages

Ada apa dengan sepuluh orang kartunis veteran yang kembali berkarya dalam sebuah buku? Ini bukan lawak lama yang diberi nafas baru. Ini bukan karya kartun lama yang disumbat dalam edisi berkulit baru. Ini buka cubaan...ini sungguh-sungguh! ini karya baru hasil dari air tangan orang lama. Dah beli, dah baca, baru tau! Dari 10 orang karyawan kartun ternama yang mana anda membesar dengan lawak-lawak mereka, kini mereka bergabung tenaga menghasilkan suatu nashkah buku yang bakal menempa sejarah untuk tatapan dan simpanan buat masa akan datang, sebuah kenangan masa silam, suatu hasil terkini dan kontemporari. Jenama X - Bukan barang sebarangan.

Avg Rating
4.71
Number of Ratings
7
5 STARS
71%
4 STARS
29%
3 STARS
0%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Authors

Tembakau
Tembakau
Author · 5 books
Tembakau atau nama sebenarnya Azhar bin Ahmad, mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Iskandar Shah, Parit dan seterusnya Sek. Men. Keb. Agama Sultan Azlan Shah, Bota. Dalam menyambung pelajarannya, beliau keluar masuk IPT tetapi tidak pernah dapat menghabiskan pengajian beliau kerana sifatnya lebih cenderung ke arah seni persembahan teater dan lukisan. Dalam tahun 1994, beliau memulakan profesion selaku pelukis storyboard bagi animasi bersiri pertama Malaysia Usop Sontorian terbitan Kharisma Pictures. Dari situ dia mengolah kraf penceritaan dan mempertajamkan lagi lukisannya dengan menghasilkan kartun lerai untuk majalah Ujang. Pada tahun 1997, dia menghabiskan naskhah komik pertamanya yang berjudul Kartini terbitan Multi Triple Vision Sdn. Bhd. Secara tidak langsung, Kartini Kembali adalah kesinambungan dari Kartini dan naskhah kedua daripada Tembakau yang pernah dikeluarkan secara bersiri dalam Aku dan Sesuatu terbitan Aie Production.
Nik
Author · 65 books

Nik, menos conocido como Cristian Dzwonik, nació en Buenos Aires, Argentina. Es egresado del Colegio Nacional de Buenos Aires y Diseñador Gráfico recibido en la UBA. Completó, además, estudios de publicidad, computación gráfica y fotomontaje digital. Dibuja desde la más temprana edad. A los 11 años ingresa en la escuela de dibujo de Carlos Garaycochea y Eduardo Ferro, publica sus primeros dibujos como profesional a los 17 años en la revista Muy Interesante de García Ferré. Trabajó además en la editorial Kapelusz, el diario El Cronista, y otros medios. A los 21 años ingresa en el diario La Nación y desde entonces se desempeña como humorista gráfico de actualidad en varias secciones. Desde 1992 el chiste político del cuerpo del diario, la foto que habla o la página dominical de la revista son considerados verdaderos editoriales de la realidad argentina. Desde 1994 colabora con el semanario Noticias. En 1996 Gaturro y su familia toman cuerpo en la tira diaria de la última página. Desde ese mismo año todos sus dibujos, pueden seguirse en www.lanacion.com y posteriormente en www.gaturro.com el site oficial.

Aie
Aie
Author · 2 books
Aie, pelukis ilustrasi, kartunis dan juga penulis muda yang berbakat cukup dikenali dewasa ini. Bermula sebagai kartunis dan sudah hampir 15 tahun bergiat di dalam bidang karya kreatif, beliau mempersembahkan sebuah siri novel grafik "Aku dan Sesuatu" berkisar tentang kehidupan masyarakat yang penuh konflik, kasih sayang, persahabatan serta nilai-nilai murni keharmonian. Tampil dengan gaya ilustrasi tersendiri yang lebih mantap mengkukuhkan lagi namanya sebagai pelukis grafik yang hebat pada zamannya.
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved