Margins
2025
First Published
4.69
Average Rating
300
Number of Pages

MELIHAT kehancuran kakak tersayang kerana cinta pada seorang lelaki, telah membunuh Sidratul. Tidak hanya kak long, dia juga telah lama ‘mati’. Yang masih utuh di atas muka bumi, hanyalah satu jasad kosong. Bagaimana kak long begitu mencintai hingga mengorbankan kewarasan sendiri bila lelaki itu pergi menghadap Ilahi. Persoalannya tidak pernah berjawapan. Bertahun dia pujuk hati untuk reda dengan segala ketentuan. Nampaknya takdir terus menduga sisa hidup yang ada. Lelaki yang katanya telah mati itu, hidup kembali. Boleh jadi, mereka hanya jasad yang serupa dengan jiwa berbeza. Itulah yang Sidratul harapkan dan dia perlukan jawapan. Perangkap yang dipasang mengena. Mangsa sepertinya menyerah. “Mustahil tuan maksudkan untuk kahwin dengan saya, kan?” - NUR SIDRATUL “Saya relakan diri saya untuk awak hancurkan. Sebab tu, kahwin dengan saya…” – AHMAD AL-MUNTAHA “Dengan syarat?” - NUR SIDRATUL “Syaratnya, bila dah berjaya, awak tak boleh kesal…” – AHMAD AL-MUNTAHA Kerana Sidratul telah begitu tekad. Dia akan pastikan lelaki itu benar-benar mati kali ini. Namun, tidak sendirian. Dia… akan turut sama.

Avg Rating
4.69
Number of Ratings
13
5 STARS
69%
4 STARS
31%
3 STARS
0%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved