Margins
JODOH DI PAGI AIDILFITRI book cover
JODOH DI PAGI AIDILFITRI
2017
First Published
95
Number of Pages

Setiap kali Aidilfitri menjelma, soalan BILA NAK KAHWIN? dah jadi satu kemestian bagi mak tok. Lagilah, bila dua orang cucu terakhirnya, masih mempunyai jawapan yang sama, jodoh belum bertemu! Tetapi, Adilfitri kali ini, Melissa sudah bertemu jawapan. Dia sudahpun bertunang dengan Mirza. Terpaksalah Melinda berdepan dengan soalan mak tok, berseorangan. Kalau ada satu team, senang nak tepis. Kali ini sorang-sorang... susah nak jawab! Mulanya, Melinda ingatkan bertemu dengan Doktor Muzaffar sudah menyelesaikan masalahnya. Tetapi, rupanya Doktor Muzaffar sudahpun berkahwin. Tak mahu mengganggu rumahtangga orang, terpaksalah Melinda memaksa sepupu tunang Melissa yang single dan available sebagai jodohnya di pagi Aidilfitri nanti. Ingatkan Melinda boleh melupakan Doktor Muzaffar yang telah berjaya mencuri hatinya, tetapi... Nama sepupu Mirza tu sama pula dengan Doktor Muzaffar. Macam mana nak divert hati kepada orang lain sedangkan Muzaffar dan Doktor Muzaffar seakan orang yang sama? Kalau sama mahukah Melinda menjadi jodoh yang kedua?

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved