
kita ke kaunter, pilih kopi kek disukai dan kerusi. Di dalam sebuah kafe, tercetusnya segala kemungkinan—pelbagai pertemuan, idea dan fikiran. Watak-watak berpapasan membawa ribuan latar dan cerita. Baik muda atau berusia, marhaen mahupun kuasawan, tidak kira bangsa agama—cebisan kisahnya membekas di kerusi dan meja sebuah kafe. Ditulis di pojok kafe-kafe sekitar kota raya Kuala Lumpur sepanjang 2006-2010, puisi-puisi Lutfi Ishak mengajak kita mencicip gerak-geri dan gelora penghuninya.