Margins
Kalbu book cover 1
Kalbu book cover 2
Kalbu book cover 3
Kalbu
Series · 3 books · 2008-2016

Books in series

Warisnya Kalbu book cover
#1

Warisnya Kalbu

2008

Warisnya Kalbu Kalbu Wadah menampung nafsu Dari jalan menuju ke mercu Kalbu Takungan budi Akan keinginan suci Pada tiap-tiap kalbu Segala ingin segala mercu Abadi sebagai warisnya diri Ulasan karya : Hassan Basri dan 11 rakan sekolahnya menghadiri ujian pemilihan peserta untuk mewakili sekolah dalam pertandingan berbalas pantun yang dikendalikan oleh guru mereka, Puan Rabiatul Adawiyah. Dalam ujian tersebut Khadija, gadis kacukan Inggeris-Melayu mengungkapkan pantun yang dipetik daripada buku R. Winstedt, manakala Hassan Basri memetik karya asli yang terdapat dalam buku catatan harian Cempaka, anak Orang Kaya Berlapan di Pahang yang bertarikh 1277 Hijriah. Pada hari pemilihan, Hassan Basri dan Khadija adalah antara empat peserta yang diumumkan berjaya. Walaupun pada awalnya usaha murni mereka dipersendakan oleh ahli keluarga, mereka tetap gigih menjalani latihan. Mereka turut menjalankan penyelidikan untuk memahami dan menghayati keistimewaan pantun daripada sumber yang autentik. berdasarkan catatan sejarah dan kaedah mengarang pantun yang diwarisi, mereka dapat mendalami kebijaksanaan seni mengarang pantun Melayu. Karya yang disarati ilmu tentang pantun ini mengungkapkan usaha sekumpulan pelajar untuk melestarikan khazanah seni warisan Melayu. Warisnya Kalbu merupakan karya pascakolonial tentang pandangan balas yang mengutamakan keunggulan peribumi dan lokaliti. Dua budaya bertentangan, dicairkan, dan imej-imej perkasa Barat ditenggelamkan, serta dinyahkan dari persada paksi kuasa. \\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\\ Novel ini telah memenangi tempat PERTAMA Pertandingan Novel Remaja [Hadiah Sastera Kumpulan Utusan](http://www.goodreads.com/award/show/1844-hadiah-sastera-kumpulan-utusan) (ExxonMobil) 2007 Pertama [Warisnya Kalbu](http://www.goodreads.com/book/show/3832764-warisnya-kalbu) Sri Rahayu Mohd Yusop Kedua [Tawarikh Cinta](http://www.goodreads.com/book/show/3709722-tawarikh-cinta) Nisah Haji Haron Ketiga [Baromkeh Matamu di Mataku](http://www.goodreads.com/book/show/3627072-baromkeh-matamu-di-mataku) Ummu Hani Abu Hassan .
Qalam Kalbu book cover
#2

Qalam Kalbu

2013

Muhammad Azim pemuda mithali si pencari jawapan. Surat-surat lama tinggalan bapanya membongkar akar leluhur. Branwynn Gwill, seorang perempuan suruhan yang hidup pada tahun 1881 di sebuah rumah sakit jiwa di London telah berutus surat kepada seorang pemuda bangsawan dari Pahang, Tun Ahmad Basil ibnu Tun Hassan Perwira; titik ini mengheret Muhammad Azim dan gurunya, Haji Mus'ab ke kota London. Perkelanaan Muhammad Azim dan Haji Mus'ab ke Kota London menemukan satu demi satu kejutan. Dengan mencantumkan serpihan kemusnahan keluarga dan menemukan jawapan melalui surat-surat lama, dapatkah Muhammad Azim menemukan jalan untuk kembali ke pangkuan ayahanda dan bondanya dan menemukan penawar untuk kalbunya?
Empunya Kalbu book cover
#3

Empunya Kalbu

2016

Di hari walimatul urus ayahandanya, Tun Manis diacukan keris di leher oleh Kunta, si panjat angkara. Lalu datang Gerhana sang empu muda elok rupa baik budi bahasa menyelamatkannya. Kisah Tun Manis dan Gerhana berjalin kait apabila tahi bintang melintas di langit kerajaan Pahang Lama. Setelah lebih seabad berlalu, kisahTun Manis dan Gerhana jatuh ke tangan Hisyam, perantis ilmu pembuatan keris yang dirundung dukalara dan tanda tanya. Adakah kisah yang selama ini berada dalam simpanan pustaka keluarga Sara Ramsay, pewaris industri pedang dari Scotland itu boleh membawa suluh pedoman terhadap kabut gelita dalam kalbu pemuda bakal empu ini?

Author

Sri Rahayu Mohd Yusop
Sri Rahayu Mohd Yusop
Author · 18 books

Nama penulis: SRI RAHAYU MOHD YUSOP Nama penuh: Sri Rahayu binti Mohd Yusop Tempat lahir: Tanjong Karang, Selangor Tarikh lahir: 18 Jun 1976 Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988). Pendidikan Menengah: Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Pendidikan Lanjut: Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999) Karier: Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020). Hasil kerja yang telah diterbitkan: 1. 'Bukan Legasi Lalang' (Utusan Publications & Distributors, 2001)) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000, Hadiah Sastera Perdana 2000/2001 bagi kategori Novel Remaja. 2. 'Merdekakan Cinta Ratna' (Utusan Publications & Distributors, 2003) - memenangi tempat ketiga kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2002. 3. 'Odisi Tanah Kencana' (Utusan Publications & Distributors, 2007) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006. 4. 'Warisnya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2008) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007. 5. 'Kasih Nan Agung' (Utusan Publications & DIstributors, 2009) - memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. 6. 'Impuls/Roh' (Utusan Publications & Distributors, 2010) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. 7. 'Bimasakti Menari' (Utusan Publications & Distributors, 2011) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2010, Kategori Novel Remaja dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2010/2011, teks Komponen Sastera (KOMSAS) subjek Bahasa Malaysia Tingkatan 5 bermula dari tahun 2016 di sekolah-sekolah menengah di Terengganu, Kelantan, Pahang dan Melaka. 8.'Rimba Jiwa' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi tempat ketiga Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011. 9. 'Equilibria' (Utusan Publications & Distributors, 2012) - memenangi Sayembara Penulisan Fiksyen Sains & Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Kedua pada tahun 2012, Anugerah Buku Negara bagi kategori Fiksyen Sains & Teknologi pada tahun 2013. 10. 'Qalam Kalbu' (ITBM, 2013) - memenangi Sayembara Penulisan Novel-Cerpen-Puisi Institut Terjemahan dan Buku Malaysia - Berita Harian - PENA Musim Pertama pada tahun 2014, Kategori Karya Umum (Buku) dalam Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2013. 11. 'Transgenik Sifar' (Utusan Publications & Distributor, 2015) - memenangi Sayembara Fiksyen Sains dan Teknologi Universiti Teknologi Malaysia-Kumpulan Utusan Musim Ketiga pada tahun 2015. 12. 'Empunya Kalbu' (Utusan Publications & Distributors, 2016) - memenangi tempat kedua Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2015, Hadiah Sastera Perdana 2015/2016 bagi Kategori Novel Remaja. 13. 'Kronikel Empat Bahtera: Puteri Naga Tiberius' (Penerbit X, 2017) - novel pertama beliau yang terbit di luar sayembara. 14. 'Farewell, Elsinore' (Legasi Oakheart, 2018) - novel Bahasa Inggeris pertama. 15. 'Selendang Merah Balukhali' (Utusan Publications & Distributors, 2019) - memenangi tempat pertama Kategori Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2017. 16. 'ALGOJO' (Fixi, 2020) - memenangi hadiah utama Sayembara FIXI Musim Kedua. 17. 'Belati Cinta Zulaikha' (Utusan Publications & Distributors, 2004) - memenangi Hadiah Eceran Kategori Cerpen Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2003 bagi cerpen 'Reeves, Cormack dan Semak'.

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved