
"Di dalam buku ini bukan hanya ada 50 penulis, bukan juga hanya ada 50 catatan inspirasi. Saya lihat ada banyak." - Dato' Kamarudin Hassan
Authors

“Meskipun kini telefon pintar mempunyai aplikasi nota yang membolehkan kita menaip dengan segera, saya lebih gemar menulis dengan tangan. “Kadangkala isu semasa juga boleh mendatangkan ilham. Ketika harga getah naik mendadak pada awal tahun lepas, saya merasa tersinggung dengan sikap wartawan yang saban hari melaporkan ‘kekayaan’ dan ‘pendapatan’ penoreh getah, hingga sanggup mengejar berita di kebun getah. Melihat berita itu, saya merasa terpanggil untuk menulis sesuatu. Hasilnya, lahirlah puisi Tidak Seorang Pun Wartawan Datang Bertanya pada 20 Mac 2011. Tanpa disangka, puisi ini memenangi hadiah utama HSKU 2011 yang berlangsung bulan Oktober lalu,” katanya mengimbas kenangan itu. Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp... Hakcipta terpelihara

Penulis menggunakan nama pena Web Sutera. Nama sebenar ialah Hizamnuddin bin Awang. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, beliau pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding. Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., Web Sutera melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama beliau banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan Web Sutera ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT dan internet. Jawatan terakhir beliau ialah Ketua Unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd. Seterusnya bergiat aktif dalam bidang penulisan makalah ICT, sains, teknologi dan peradaban manusia sejak tahun 1995 dalam sedozen majalah bahasa Melayu di Malaysia. Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains Komputer dari USM,1992. Kini menjalankan perniagaan sendiri iaitu LUSIANA CATERING sebagai managing partner, setelah bekerja makan gaji hampir 15 tahun.

Anak kampung yang membesar antara susunan koleksi buku dan kegemaran membaca ayah ibu. Diheret ke pesta-pesta buku sejak sekolah rendah, walaupun pernah sekali terlupakan agenda keluarga untuk ke sana akibat asyik mencari ikan di sungai selepas balik mengaji. Waktu kecil dahulu, selalu disuap slogan “Cintailah Bahasa Kita” dan “Bahasa Jiwa Bangsa” di kaca TV. Akhirnya menjadi peminat A. Samad Said, tetapi pernah terhenti membeli buku beliau pada tahun 1995 (Cinta Fansuri) setelah surat ‘peminat’ zaman awal remaja tidak mendapat balasan daripadanya, serta usikan kakak dan adik yang tidak henti-henti mengenai peliknya seorang remaja seusia saya menyukai seorang sasterawan berjambang putih (dan beristeri dua). Kini setelah dewasa, menyedari betapa keanak-anakan memboikot pengarang hanya kerana surat peminat tidak dibalas dan tanggapan insan lain terhadapnya (hahaha). Mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kelantan dan Selangor; dan bersebab jasa dan bimbingan guru-guru di SKM, MMP Kota Bharu, Syamsul Maarif dan KISAS, sempat menadah ilmu di UIAM dan UM. Cita-cita selepas SPM adalah mahu menjadi pustakawan, kerana dipengaruhi artikel Shaharom TM Sulaiman mengenai pustakawan Islam yang masyhur. Tersasar ke dunia undang-undang sebelum mengubah haluan semula ke dunia perpustakaan & sains maklumat. Hasrat terbesar sejak dahulu adalah ingin menyumbang sesuatu untuk dunia keilmuan Melayu Islam terutama berpaksikan buku dan perpustakaan melalui penulisan. Insya-Allah, sangat ingin ditunjukkan jalan oleh Allah untuk menjadi sejarawan buku dan sejarawan perpustakaan, sambil mendidik 4 orang zuriat mendalami hakikat kehidupan.