Margins
Kasih Itu Cinta book cover
Kasih Itu Cinta
2014
First Published
3.87
Average Rating
300
Number of Pages

Berapakah harga sebuah rasa andai benci boleh ditukar menjadi sebaliknya? Bagi Zarif, harganya sangat mahal, tidak ternilai dengan harta duniawi kerana melembutkan hati seorang Dya, satu kerja yang sangat gila. Dan kegilaan itu buat dia hampir hilang punca. Masalahnya, dia memang sudah terjatuh suka. Hidup bagi seorang Ardyana, tiada makna bahagia, apatah lagi sebuah rasa bernama cinta. Yang ada di hati dia hanyalah benci semata-mata. Lelaki di sekelilingnya hanya wujud untuk merosakkan. Dan apabila Zarif muncul, manusia perosak menjadi semakin bertambah. Benar.. dia bencikan semuanya. Pun begitu, satu perhitungan membuatkan mereka harus bersatu dalam ijab dan kabul. Dan, bermulalah sebuah cerita. “Tinggal dengan awak? Kat kondo awak? Tunggulah bila akal saya dah tak waras lagi.”- Dya “Kalau nak, saya boleh saja suntikkan ubat untuk menghilangkan kewarasan awak dan kalau nak, saya boleh saja paksa awak mengikut kehendak saya. Tapi... lafaz akad yang saya ikrarkan di depan kadi dengan nekad memikul tanggung-jawab sebagai suami tidak memungkinkan saya berbuat semua itu.” – Zarif Mampukah Syed Zarif Hafizi melembutkan hati seorang Ardyana?

Avg Rating
3.87
Number of Ratings
91
5 STARS
31%
4 STARS
32%
3 STARS
32%
2 STARS
4%
1 STARS
1%
goodreads

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2025 Paratext Inc. All rights reserved