
Kahwin. Bahagian hidup yang utama. Utama demi mencapai segala maksud, memaknakan segala cita-cita. Kerana kahwin fitrah kehidupan, ia biasa dipandu nafsu. Nafsu mahu mengongsi, memiliki dan menguasai, yang kadang-kadang terpaksa merebuti dan menjuarai. Kawin-kawin ada cerita : kejamnya kawin paksa, sakitnya kawin tak jadi seksanya kawin tak merasa Kawin-kawin kisah orang kawin mut?h, kawin pakai kontrak Kawin-kawin kisah orang kawin mahu tegakkan syariat Kawin-kawin penuh tafsiran tentang perlumbaan, penguasaan, percekcokan, kejujuran, keimanan.
Author

Dicedok dari Ujana Ilmu AZIZI HJ.ABDULLAH (Hj. Azizi bin Hj. Abdullah) dilahirkan di Kampung Bukit Meryam, Kota Kuala Muda Kedah, pada 4 April 1942. Mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Bukit Meryam dan Sekolah Melayu Kota Kuala Muda, Kedah sehingga darjah enam. Kemudian belajar di Sekolah Agama Dairatul Maarif Al-Wataniah,Kepala Batas Seberang Perai. Azizi mula menulis ketika di sekolah agama, kira-kira dalam tahun 60-an.