Margins
Kekasih 30Hari book cover
Kekasih 30Hari
2022
First Published
407
Number of Pages

AZIE si playgirl. Penghancur hati lelaki. Kekasih 30 hari itulah gelaran buatnya. Semua kekasihnya hanya bertahan untuk 30 hari sahaja. Nak buat macam mana, bukan senang nak dapat lelaki yang betul-betul lelaki. Kena pilih yang betul-betul, tak kisahlah kalau kekasih ke seratus sekalipun. RIAZ doktor kacak yang baru sahaja putus tunang. Kerana kecewa dan terkejut dia bercuti dari kerja. Marah kerana bekas tunang langsung tidak memberikan jawapan kenapa pertunangan mereka di putuskan, dia menjadi nanar. “Azie... you dah kahwin belum?” – WAZIF AMSYAR “Kenapa? You nak panggil I andartu ke?” - AZIE “Taklah... I nak jodohkan you dengan Riaz.” – WAZIF AMSYAR Bermula dari detik itu Azie dan Riaz cuba untuk menjadi pasangan kekasih. Dan jika hubungan mereka berjaya sampai hingga hari ke-30, mereka akan berkahwin. “I tak nak bercinta Azie. Kalau boleh I nak terus kahwin” – RIAZ “Riaz... sebenarnya, mencari pengganti bukan jalan untuk melupakan. You kena terima hakikat baru you boleh belajar untuk melupakan.” – AZIE Belum sampai 30 hari bercinta, RIAZ melamar AZIE. Namun AZIE menolak kerana dia tahu tujuan RIAZ berkahwin semata-mata mahu melupakan ARIANA. Kerana satu insiden AZIE dan RIAZ terpaksa berkahwin. Bersatulah mereka dalam rumah tangga yang dibina bukan atas dasar cinta. Adakah cinta akan muncul di antara mereka berdua? Mampukah RIAZ melupakan ARIANA dan belajar mencintai isterinya, AZIE. ‘Aku tak akan biarkan Riaz jadi milik orang lain. Riaz aku punya. Akhtar Riaz milik aku!!!’ Siapa pula orang ketiga yang tiba-tiba sahaja muncul?

Author

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved