Margins
Kelab Duka Lara book cover
Kelab Duka Lara
2022
First Published
3.89
Average Rating
363
Number of Pages

Bagi Dian, ketika ini hanya Roni saja yang mampu memberi terang dalam hidupnya. Tapi sayang seribu kali sayang, Ella, si sahabat baik pula yang bertunang dengan Roni. Kemunculan tiba-tiba lelaki misteri bernama Zain itu tidak pernah dijemput. Dian cuba menjauhkan diri, tapi anehnya, dia sendiri yang kembali datang kepada Zain. Tujuannya hanya satu; demi untuk mendapatkan Roni semula. “Saya boleh tolong selesaikan masalah awak. Saya boleh tolong awak dapatkan orang itu semula.” – ZAIN. Bermula sebagai orang asing, hubungan mereka semakin lama semakin erat sehingga menguak rahsia antara satu sama lain. Apabila logik akal dan mitos saling bersatu. Dongeng dan realiti mula bertaut. Tanpa sedar dua hati semakin berbunga. Namun, untuk jatuh cinta adalah mustahil. Garis masa kehidupan mereka berbeza, tujuan mereka pula tidak sehala. Pada Roni tergantungnya impian, pada Zain tersandarnya harapan. Siapakah yang bakal bertakhta dalam hati Dian? Dan yang paling utama ... Siapakah Zain yang sebenarnya?

Avg Rating
3.89
Number of Ratings
76
5 STARS
22%
4 STARS
45%
3 STARS
33%
2 STARS
0%
1 STARS
0%
goodreads

Author

Kamalia
Kamalia
Author · 8 books

Mula menulis sejak kecil lagi dengan menulis diari dan masih lagi menulis diari sehingga sekarang. Sekitar 2008, mula menulis untuk umum pula apabila aktif menulis cerpen. Kemudian, pada 2010 buku pertamanya terbit di bawah rumah penerbitan JS Adiwarna Publications & Distributors. Buku pertamanya adalah buku kanak-kanak yang berjudul Si Cantik Cempaka. Kemudian, terbit pula novel umum pertama, Gerabak Merah Jambu. Novel umum terbaharunya yang terbit pada 2013 berjudul Dia Bukan Shah Rukh Khan. Cita-cita utama dalam penulisan sekarang adalah mahu menulis sebuah kesah psychological-thriller atau kesah cinta bersulam elemen psikologi. Penulis kegemaran, tak ada yang spesifik tapi kalau berdasarkan daripada penulis yang banyak dibaca bukunya: Haruki Murakami, Faisal Tehrani, Andrea Hirata, Azizi Haji Abdullah, Isa Kamari, dll yang tak ingat. Jadi, kesimpulannya, bukanlah tentang penulis sangat tapi isi cerita yang dipersembahkan. Antara karya yang sudah terbit: 1. Si Cantik Cempaka (2010) 2. Gerabak Merah Jambu (2012) 3. Bukan Suatu Kebetulan (Antologi Cerpen 'Kisah Cinta Seribu Wajah') 4. Dia Bukan Shah Rukh Khan (2013) 5. Konspirasi (Antologi Cerpen 'Kerana Dia, Ratu Sehari') 6. Demimu Suri, Aku Sanggup Mati (Antologi Cerpen 'Cinta Pertama)

548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved