
Raisya, pelajar bijak dari Sekolah Sri Bangsar. Musibah melanda, ayahnya terlibat dengan sindiket penipuan lalu dipenjarakan. Akibatnya, mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke luar bandar. Di kampung, serba-serbi berbeza. Rakan-rakan kelas yang baru bermacam ragam, nakalnya buatkan guru-guru pun tiada semangat mahu mengajar. Hanya Raisya seorang sahaja yang menumpukan perhatian! Terbiasa dengan gaya belajar berkumpulan, Raisya mula mempengaruhi rakan-rakan. Study group dijalankan... buatkan kelas nakal yang jauh tersasar dari akademik, kini mula kembali ke pangkal jalan.