


Books in series

#1
Kaki Tidur Skor A
2018
Siapa tidak kenal Sarah? Pemain terhebat Pasukan Bola Jaring Sekolah Sri Bangsar. Aksinya di gelanggang membuatkan pihak lawan bengang. Lontaran bola tepat masuk gawang buat semua tercengang.
Namun, Sarah hanya hebat di gelanggang. Di dalam kelas, dia umpama puteri beradu. Baru 5 minit belajar, mata sudah kuyu. Lepas 10 minit, berdengkur tidak berlagu. Cikgu cekak pinggang pun dia buat tidak tahu. Sekolah pula beri syarat baru kalau mahu terus jadi wakil sekolah. Membuatkan Sarah makin tidak tentu arah. Bagaimana mahu lulus jika asyik terlelap sahaja? Mujurlah ada tiga sahabat sudi memberi tip dan semangat supaya berubah.

#3
Kelas Nakal Mahu Lulus
2018
Raisya, pelajar bijak dari Sekolah Sri Bangsar. Musibah melanda, ayahnya terlibat dengan sindiket penipuan lalu dipenjarakan. Akibatnya, mereka sekeluarga terpaksa berpindah ke luar bandar.
Di kampung, serba-serbi berbeza. Rakan-rakan kelas yang baru bermacam ragam, nakalnya buatkan guru-guru pun tiada semangat mahu mengajar. Hanya Raisya seorang sahaja yang menumpukan perhatian!
Terbiasa dengan gaya belajar berkumpulan, Raisya mula mempengaruhi rakan-rakan. Study group dijalankan... buatkan kelas nakal yang jauh tersasar dari akademik, kini mula kembali ke pangkal jalan.

#4
Cik Penakut Masuk Asrama
2020
Sakura, seorang pelajar penakut yang sanggup melakukan apa sahaja supaya tidak masuk ke sekolah berasrama. Tanpa diketahui… ibubapanya telah mendaftarkan Sakura masuk ke Sekolah Tahfiz Al-Humaira yang berasrama penuh. Terkejut besar si gadis dibuatnya!
Di asrama baru… Sakura terpaksa berhadapan dengan persekitaran, jadual dan disiplin baru yang tidak disukai langsung. Tambahan pula, dia ditempatkan sebilik dengan seorang senior bernama Huda yang pelik lagi menakutkan.
Apabila diselidik… barang peribadi Huda ada terselit boneka yang penuh dicucuk jarum. Disimpan secara rahsia juga, sekeping gambar seorang ustaz selebriti yang ada lilin di sekelilingnya.
Ah… tidak cukup dengan ketakutan duduk di asrama, dapat pula kawan sebilik yang ahli sihir agaknya!
Cuba melaporkan pada pihak sekolah tentang penemuan itu… malangnya, warden asrama tidak mempercayai segala cerita.
Apakah yang Sakura perlu lakukan? Terus tinggal di asrama atau keluarkan Huda dari sekolah itu? Benarkah kehidupan di asrama itu betul-betul menakutkan? Ada rahsia yang tersirat dalam cerita yang tersurat. Jawapan tentang ‘asrama’ yang dicari ada tersembunyi di dalam buku ini. Haa… mesti baca, jangan takut-takut ya!
Authors

Ain Maisarah
Author · 78 books
Graduated with TESL degree from Universiti Darul Iman Malaysia.
