
Kalau pada masa dahulu menentang establishment seperti kerajaan adalah satu tindakan melawan arus, tetapi pada hari ini ia adalah suatu sikap umum yang biasa. Maka, saya fikir sayalah sebenarnya penentang establishment pada hari ini, iaitu memecahkan blok-blok pandangan masyarakat, misalnya pandangan bahawaa kerajaan zalim dan perlu dijatuhkan. Saya mungkin bersetuju dengan pendapat bahawa kerajaan hari ini banyak menyleweng, tetapi cara saya melawan adalah berbeza. Saya ada hujah-hujah saya mengapa saya memiliki pandangan yang berbeza ini.