Margins
Margins
548 Market St PMB 65688, San Francisco California 94104-5401 USA
hello@margins.app
·
+1 (650) 223-5283
Privacy Policy
·
Terms of Use
© 2026 Paratext Inc. All rights reserved
Kembara Mistik 2.0
Books in series
#1
Kembara Mistik 2.0
2020
\- EB REEZA "Cari Buku ke? Cari buku Apa? Tiba-tiba telinga Leeya disapa satu pertanyaan drpd seseorg dari belakang. "Haah, cari buku rujukan sains ni. Ada projek yg sedang saya siapkan. Awak cari buku apa?" -LEEYA Namun, seketika kemudia darah Leeya menyirap naik ke wajah. Bulat mata Leeya mencari siapakah yg menegurnya sebentar tadi. Dada Leeya ditumbuk dgn debaran rasa yg melampau. Siapa yg tegur aku tadi? \- JULS Mai selalu meluangkan masa membaca di perpustakaan univeristinya. Menjadi rumah kedua bagi Mai. Berbagai-bagai cerita mengenai kewujudan hantu gadis yg mencari mangsa. Mai juga cuba hendak menyingkap rahsia, namun ushanya memakan dirinya balik. :Aku tak nak lepaskan kau Mai. Aku nak kau temankan aku. Tiada siapa yg nampak aku, Hanay kau yg boleh nampak aku. -Hina \- ZAFF IZUAF Alangkah gembiranya Zafran sebaik diterima bekerja do Perpustakaan Sijangkang. Namun, ada sesuatu yg ingin berkomunikasi dengan mereka, Kewujudan Anna, gados bergaun putih telah memboongkar misteri demi misteri. "Kau tak rasa ke sesuatu ke bila dia cakap jangan datang waktu malam?" - ZAFRAN "Dia cakap bahaya. Apa yang bahayanya? Ke ada sesuatu yg sedang dirancang? - BADRUL Kenapa mereka dilarang berada di Bangunan perpustakaan itu tatkala malam menjelma? Dan siapakah Anna yang sebenarnya?
#2
Kembara Mistik 2.0
2020
D. RAFAEL (JALAN KUBUR LAMA) "Untuk malam ini, aku nasihatkan kepada semua yang ada di sini. Seandainya kamu semua terdengar suara-suara orang mengelur dari luar rumah, jangan sesekali bukakan pintu rumah kamu semua. Aku tak mahu ada sesiapa yang terpukau oleh benda itu lagi." Pesan Imam Ismail. Kesemua yang berada di situ mendengar dan mengangguk hampir serentak. "Ingat pesan aku. Benda itu mungkin boleh menyerupai sesiapa sahaja. Termasuk diri kita. Jangan sesekali kita tertipu!" DEL OSMERA (KISAH SI PENGGALI KUBUR) "Kamu akan laluinya sendiri masa kamu ikut atok gali kubur nanti." Terdiam Khairi selepas mendengar kata-kata atok. Semasa dia remaja, dia tidak pernah diganggu dengan apa-apa entiti. Mungkin kerana atok tidak pernah membawanya menggali kubur pada malam hari. Semuanya dilakukannya pada siang hari kerana atok tidak mahu mengganggunya waktu ulangkaji. SYASYA DE LUNA (MAKAM BUNUH DIRI) "Setiap mahluk halus ada permintaan khas mereka sendiri. Kalau kau yang bersifat jahat, mungkin menuntut korban hidup. Paling berat pun mungkin kau meminta diberi makan darah pemuja sehingga perjanjian selesai." Suara ketawa melaung ke udara. 'Lelaki' yang sering dilihat oleh Jemaimah, ke hulu hilir dengan gembira. Makin lama bunyi ketawa itu bertambah kuat dan bercampur baur. Seperti makam itu itu meraikan lagi kematian manusia. Mahluk-mahluk halus berpesta kerana kegagalan manusia. Keimanan menjadi taruhan. \
\
\* Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah dan pengalaman barangkali dijadikan cerita untuk direnungi. Beranikah anda melihat dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam KEMBARA MISTIK 2.0
#3
Kembara Mistik 2.0
2020
Baphomet - Lyla “Lukisan ni memang aku turunkan sebab tak sanggup nak hadap lama-lama. Cubalah abang perhati gambar manusia kepala kambing ni. Kalau abang nak tahu ini yang dinamakan dewa pagan sebagai figura ilmu sihir atau okultisme,” - Atikah “Lukisan aje pun janganlah fikir bukan-bukan.” - Abang Wafiey “Mulanya memanglah aku tak fikir jauh begitu tapi bila lukisan ni tergantung semula itu yang musykil. Siapa yang gantungkan?” - Atikah Jiang Shi - Nurul Omar "Kau rasa, rumah tu dia orang guna untuk simpan jin ke apa?" - ZAMRI "Zamri kena ingat, ada banyak cara dalam dunia ini yang orang sanggup buat untuk meraih sesuatu. Nak berjaya, nak memenangi sesuatu, nak tewaskan musuh. Sampai ada yang sanggup menggadaikan jiwanya kepada syaitan dan iblis." - ABANG LAWRENCE Kondo Aira - Aida Anggerik El menyewa bilik di sebuah kondo, namun El mendapati rakan serumahnya berperangai pelik. "Tak ada yang aneh dan peliknya ka dunia ni El. Yang penting, kau percaya dan yakin yang benda-benda macam ini wujud."-Aira sehinggalah suatu hari El mendapati rupa-rupanya dia seorang sahaja yang menyewa di situ. Jadi selama ini?
#4
Kembara Mistik 2.0
2020
Tidur Siang - Lyla "Aku tengok tadi orang tua kampung ini memang tidur siang. Saat ini dah masuk senja baru mereka bangun. Kau tak rasa pelik ke?" - Sarah "Patutlah siang tadi aku tak nampak seorang warga tua pun yang ada. Kau perasan tak? Hanya semua muda-muda dan kanak-kanak aje yang ada. Kenapa macam tu ya?" - Liza Keranda Lama - Aida Anggerik Keterujaan Adli, Haikal dan Ilham untuk menghabiskan cuti semester mereka di kampung Kamal terganggu kerana kejadian mistik yang berlaku di rumah Kamal. Ilham pula tiba-tiba bersikap pelik dan sering ‘kerasukan’ bila masuk waktu Maghrib. Sehinggalah Ilham telah membuat sesuatu perkara yang dilarang menyebabkan keluarga Kamal huru-hara jadinya! Misteri Napier Lodge - Hasreeyati Ramli Berdebar-debar mereka melihat ritual pemujaan itu. Tetapi anehnya, pakaian mereka tidak menunjukkan mereka berasal dari zaman ini. Wajah mereka kelihatan pucat itu juga membayangkan mereka bukanlah manusia biasa. Dengan kata lain mereka ialah jelmaan syaitan dari manusia di zaman silam.
#5
Kembara Mistik 2.0
2020
KEBAYA TELEPOK MERAH - Maria Kajiwa
"Kasaku bukan kasa biasa, kasa kujemput dari gunung, sulamku bukan sulam biasa, sulamku menikam urat jantung. Benang bertemu benang, kain ditujah-tujah... Sayang bertemu sayang... jasad bermandi darah. Sebelum jarum ditujah, matanya dicelup dengan darahnya sendiri. Bunga telepok yang disulam semakin merah. Pakai bukan sebarang pakai, pakai memakai naik seri, seri naik bersama dendam, dendam naik mengambil nyawa..."
KAIT INANG - Syasya de Luna
Delima mengerling ke arah Inang Merah yang sedang menjilat-jilat kotoran di kawasan yang menjadi tapak aktiviti pemujaan. "Jika kau tahu, apa yang akan kau lakukan?" INANG MERAH "Aku akan bunuh semua keturunan Inang Merah sehingga kau tiada pilihan selain taat kepadaku." - DELIMA. Kain kafan Manis diselak. Delima tidak peduli dengan bau jasad yang sedang dimamah ulat.
PRIMADONA - Rhea
"Aku masih cantik." MANISAH. "Aku akan buktikan yang aku masih layak menjadi watak utama di atas pentas." Susuk bayang seorang wanita berada di belakang Manisah. Lemah gemalai dia menari di atas pentas menjadi persembahan yang menawan hati. Dada Manisah semakin sakit. Darah mengalir di bucu bibir. Dia rebah. Lirikan mata dia merenung ke arah seseorang. Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai kisah pengalaman barangkali dijadikan cerita untuk direnungi. Beranikah anda menjiwai, merasa detak dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam KEMBARA MISTIK 2.0?
#6
Kembara Mistik 2.0
2020
KESUMAT - Zaifu Zaman Ahmad
Ada seseorang yang memuja semangat gadis itu dengan mengambil rambutnya lalu diletakkan pada satu patung yang sudah pun dijampi serapah. Tidak mudah untuk membuka kuncinya. "Seperti yang dikhabarkan kepada kita. Sumpahan itu perlu dibuka kuncinya. Jika tidak adik hamba pasti tidak akan selamat."
PATUNG VENA - Jeehan
Daripada kilauan kilat tadi, aku nampak susuk di dalam tab mandi sedang berada di dinding dengan muka sama seperti tadi, mata terbeliak dan mulut tersenyum, menakutkan aku. Seumur hidup aku tak pernah aku nampak senyuman seperti itu. "Kau nak apa hah!?"
SHOU - Farhah Aiddin
"Shou, Shou, bangun Shou! Bangun!" Aku menggoncang kuat tubuhnya. Berulang-ulang kali. "Hehehe! Dia sudah mati Ifham. Dah mati!" Suara mengilai itu buat aku tergamam. Makhluk itu memeluk tubuh aku dari belakang. Dia melingkar di tubuh aku. "Sekarang, tunaikan permintaan aku pula. Bersatu dengan jasad aku!" Dunia gelap yang penuh misteri dan mistik. Pelbagai cerita pengalaman barangkali dijadikan kisah untuk direnungi. Beranikah anda menjiwai, merasa detak dan menyelami dunia suram dan seram ini di dalam Kembara Mistik 2.0? JANGAN SENTUH! WALAU KAKU DISANGKA TIDAK BERNYAWA...
Authors
EB Reeza
Author · 10 books
Juls
Author · 1 book
Zaff Izuaf
Author · 1 book
Ebriza Aminnudin
Author · 21 books
D. Rafael
Author · 2 books
Syasya de Luna
Author · 5 books
Del Osmera
Author · 8 books
Saidee Nor Azam
Author · 26 books
Lyla
Author · 6 books
Nurul Omar
Author · 3 books
Aida Anggerik
Author · 7 books
Hasreeyati Ramli
Author · 2 books
Maria Kajiwa
Author · 40 books
Rhea .
Author · 10 books
Zaifu Zaman Ahmad
Author · 38 books
Farhah Aiddin
Author · 4 books
Jeehan
Author · 3 books
Kembara Mistik 2.0
Series · 6 books · 2020
By
EB Reeza
,
Juls
,
Zaff Izuaf
, and more